Laman Rabu - WADAH WANITA ISLAM

Wednesday, May 29, 2002

Hubungan dengan mentua perlu baik, mesra

29/05/2002
Hubungan dengan mentua perlu baik, mesra
Endok Sempo Mohd Tahir


MUSLIHA (bukan nama sebenar) berkahwin dengan Abdullah (bukan namasebenar), pemuda pilihan hati. Abdullah adalah pemuda yang baik budipekerti dan sangat menyayangi ibunya. Sebagai anak tunggal, beliaubertanggungjawab menjaga ibunya. Abdullah membawa isterinya untuk hidupsebumbung bersama ibunya yang juga amat dikasihi. Ibu Abdullah adalah wanita yang suka bercakap dan tindak tanduknyaseolah-olah menunjukkan beliau meminta perhatian sepanjang masa. Muslihakadang kadang merasakan gelagat mentua memerintah suaminya tidakberpatutan. Beliau rimas dengan kelakuan mentuanya yang suka sangatmemberi komen dan mengadu mengenainya kepada suami Musliha. Apa yang dibuat oleh Musliha semuanya tidak kena. Hari demi hari Muslihatertekan. Beliau tidak menceritakan rasa hatinya kepada suaminya keranabimbang suami akan terasa hati dan mengeruhkan hubungan mereka suamiisteri. Pada suatu hari Musliha berjumpa seorang doktor dan meluahkanperasaannya yang terbuku dan penderitaan emosi yang dialami selama ini. Doktor itu akhirnya bertanya kepadanya : "Adakah kamu sangat bencikanibu mentuamu?" Musliha menjawab: Ya... sampai ke tahap tidak boleh tengok muka dia.Saya selalu terfikir untuk lari saja, tetapi apakan daya, saya sangatsayang kepada suami. Suami saya tidak akan meninggalkan ibunya yang sudahtua itu. Doktor itu bertanya lagi: "Jadi apakah yang kamu mahu daripada ibumentua kamu? "Saya mahukan dia mati," balas Musliha. "Kamu sanggup membunuhnya,? tanya doktor itu. "Kalau ada caranya dan saya tidak tertangkap dan tiada siapa yang tahu,"jawab Musliha. "Baiklah, saya ada satu cara, tetapi kamu mesti rahsiakan rancangankita,?" kata doktor itu. "Terima kasih doktor, saya berjanji tidak akan menceritakan kepadasesiapa walaupun suami saya," balas Musliha dengan gembira. "Kamu racun dia!" kata doktor itu memberi cadangan. "Tetapi racun boleh menampakkan kesan apabila dibedah siasat," kataMusliha. "Awak jangan bimbang, rancangan ini perlu dibuat dengan sangat berhati-hati dan mengambil masa yang lama, awak kena bersabar dengan kerja ini danwajib bersabar dengan kerenah ibu mentua awak," kata doktor itu. Doktor itu kemudian berkata :"Saya akan berikan sejenis tablet beracunyang akan memberi kesan secara sangat perlahan dan tidak ketara di mataorang lain. "Awak perlu membuat makanan yang paling digemarinya setiap hari.Kemudian masukkan tablet ini dalam setiap hidangan yang awak berikankepadanya. Jangan timbulkan sebarang syak wasangka di matanya. "Kamu mesti mencipta kemesraan dengannya yang bukan dibuat-buat. Berilahtumpuan kepadanya dan dengarlah setiap keluhan dan rintihan hatinya.Jadilah pendengar yang baik satu jam saja sehari." Selepas beberapa bulan berlalu, Musliha berjumpa doktor itu dengan mukayang cemas. "Doktor, bolehkah kita terbalikkan kesan tablet itu terhadap ibu mentuasaya?" kata Musliha. Doktor itu bertanya mengapa. "Saya sudah jatuh sayang kepadanya, ibu mentua banyak berubah, tidakmembebel, tidak berleter lagi, malah dia sangat menyayangi saya. "Tolonglah doktor, saya tidak mahu kehilangannya. Bila-bila masa sajadia akan mati!" kata Musliha. "Jadi awak tidak mahu mentua awak mati?" tanya doktor. "Ya , doktor," balas Musliha. "Sebenarnya ibu mentua awak berubah sebab awak berubah. Perubahanpersepsi awak terhadapnya membuat dia berubah. "Tablet yang saya berikan awak dulu adalah vitamin bukan racun, sekaligus menyebabkan dia lebih sihat mental dan fizikal serta boleh berfikirandengan lebih rasional. "Kemesraan awak dan menjadi pendengar yang baik kepadanya menimbulkankasih sayang di hatinya. Jasa bakti awak membela dan menghidangkan makananyang paling digemarinya itu membutakan matanya daripada melihat segalakelemahan awak, tiada apa yang perlu dia komen mengenai awak. Kaulah ratuhatinya!" Benarkah hubungan mentua dan menantu boleh menjadi baik? Sebenarnyajawapan itu ada dalam diri kita. Semua isteri boleh menjadi seperti Musliha, begitu juga semua mentuaboleh menjadi seperti ibu Abdullah. Ini kerana kita semua boleh mengubahpersepsi jika mahu. Hubungan ini adalah hubungan dua hala, jika kita mahukan mentua baikkepada kita perlulah menjadi menantu yang baik dengan persepsi betul. Lumrah alam adalah `apa yang kita semai adalah apa yang kita tuai'.Tambahan pula ibu mentua kita adalah ibu kepada suami tercinta kita. Antara kebaktian wanita Islam yang bijaksana dan keelokan pergaulandengan suaminya ialah dia memuliakan, menghormati dan menghargai ibusuaminya (mentua). Wanita Islam yang sedar dan insaf dengan petunjuk agamanya mengetahuibahawa manusia yang memiliki hak yang paling besar terhadap lelaki ialahibunya. Ini sebagaimana yang termaktub dalam hadis riwayat Ummul MukmininSaidatina Aisyah yang bertanya kepada Rasulullah saw: "Manusia manakah yang paling besar haknya kepada isterinya? Bagindabersabda: "Suaminya" Tanya beliau lagi: "Manusia manakah yang paling besarhaknya ke atas lelaki?" Baginda menjawab: "Ibunya." Isteri solehah membantu suaminya berbakti dan memuliakan ibunya.Perbuatan dan sikap ini semuanya baik untuk dirinya kerana amal inimendatangkan pahala untuknya. Pahala kerana berbuat baik untuk suaminya.Pahala kerana membuat kebajikan terhadap mentuanya bertambah ketakwaannyakerana amalan soleh menyuburkan imannya. Firman Allah bermaksud: "Bukanlah kebaktian itu semata-mata menghadapkanwajahmu ke timur dan barat tetapi kebaktian itu ialah beriman kepadaAllah, hari akhirat, malaikat, kitab, Nabi dan memberikan harta yangdicintainya kepada kerabat kerabatnya, anak anak yatim dan orang miskin,musafir, pengemis, (memerdekakan) hamba, mendirikan solat, menunaikanzakat, menepati janji apabila berjanji, sabar dalam kesempitan,penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang orang yang benar(imannya) dan mereka orang bertakwa."- (Surah al-Baqarah, ayat 177) Peperangan di sini termasuk berperang dengan hawa nafsu kita untukmengubah persepsi terhadap ibu mentua kita. Hubungan kemesraan, kasih sayang, saling menghormati antara isteridengan ibu suaminya dan keluarganya, adalah perkara paling menyejukkanhati suami. Sebaliknya perkara yang paling dibenci oleh seorang suamiialah terputus dan hancurnya ikatan ini, terbitnya unsur `kejahatan',permusuhan, kebencian dan dengki antara kedua-duanya.- Penulis adalah jurutera profesional dan boleh dihubungi melalui talian03-41089669 atau e-mel wjim@pd.jaring.my (END)

Wednesday, May 22, 2002

Suami ringan tulang ceriakan rumahtangga

22/05/2002
Suami ringan tulang ceriakan rumah tangga
By Dr Suriya Othman


LILY (bukan nama sebenar), berbangsa Cina mengadu sakit pada bahagian ari-ari. Sakitnya bermula ketika dalam pantang beberapa bulan lalu. Beliaumengadu, selepas tiga hari bersalin sudah mula membuat kerja rumah berat. "Sewaktu remaja, ibu yang melakukan semua kerja di rumah. Saya tidakpernah mengangkat cerek berat. Apa yang sedih suami sehelai baju pun tidakboleh angkat. Saya bukan saja suri rumah, saya juga bekerja," katanya. Dalam kes lain, Aida (bukan nama sebenar), wanita Melayu separuh umurberkerut dahinya kerana menahan serangan migrain. Penyakit itu mula timbulselepas berkahwin dan selepas empat anak, tiada petanda ia akan sembuh,malah semakin teruk. Antara ungkapan yang disebut ketika saya bertanyakan mengenaiperkahwinannya Aida berkata :"Saya rasa seperti dalam perangkap dan tiadajalan keluar bagi saya." Aida seorang isteri yang patuh dan taat, menjadisuri rumah sepenuh masa dan suaminya cukup garang. Menurut Aida, ibu mentua serta semua kakak dan adik iparnya tertekandengan suami masing-masing yang dididik untuk menganggap isteri sebagaipekerja serba boleh dalam rumah tangga, tanpa pihak lelaki memberi`pertolongan' bermakna. Begitulah antara cebisan kisah yang saya saksikan di klinik saya.Kebanyakan penyakit itu berpunca kerana salah anggapan terhadap bebanantanggungjawab isteri dan kerja `rumah tangga'. Pesakit wanita yang berumah tangga kerap menghadapi masalah kesihatanyang berpunca daripada tekanan emosi yang berat untuk ditanggung olehjiwanya. Kadang kala sesuatu masalah `bebanan' rumah tangga tidak hanyamengganggu emosinya, malah dimanifestasikan secara fizikal. Adakah apa-apa mandat untuk wanita diperbuat sedemikian rupa olehmasyarakat, termasuk wanita sendiri? Sering kali kita mendapati ibumenasihatkan anak lelaki supaya tidak memberi muka atau memanjakan isterisehingga terlalu mengada-ngada. Akibatnya ada antara kita melihat wanita berasa tekanan dari segi emosiatau jasmani kerana anggapan bahawa `beban' kerja dan tanggungjawab yangdi luar kemampuan mereka sebagai manusia yang merdeka. Adakah fenomena seperti ini adalah `tuntutan agama' atau adakah iakonstruksi budaya atau adakah punca lain yang menyebabkan keadaan iniberlaku? Layanan yang seharusnya terhadap isteri banyak dirakamkan al-Quran danhadis. "Dan daripada tanda-tanda kebesarannya Allah menjadikan bagimu darijenismu pasangan agar kamu mendapat ketenangan darinya dan menjadikanantara kamu bersama kasih mesra dan rahmat bahawasanya pada yang demikianitu sungguh mendapat tanda bagi kamu yang suka berfikir."- (Surah ar-Rum,ayat 21). Perkahwinan untuk sama-sama mendapat manfaat daripada ikatan itu melaluikonsep kesetaraan iaitu saling lengkap-melengkapi secara saksama dan bukanperkhidmatan di suatu pihak - isteri melayan suami, sedangkan suami tidakperlu melayan isteri atau sebaliknya. Perkataan yang digunakan dalam ayat ini iaitu `zauj' bererti pasangandan ini bermaksud suami untuk isteri dan isteri untuk suami. Konsep salingmengasihani dan saling membantu. "Ketahuilah, sesungguhnya bagi kau terhadap isteri kamu ada kewajipandan bagi isteri kamu terhadap kamu ada pula kewajipan." (Hadis Sahih) "Aku peringatkan kepada kamu agar berlaku baik kepada isteri kamu keranakamu mengambil dia sebagai amanat daripada Allah dan menjadi halalkehormatnnya bagi kamu dengan kalimat Allah." (Hadis sahih Riwayat BukhariMuslim dan disahkan oleh Tarmizi). Kedua-dua hadis ini menunjukkan kewajipan isteri dan tanggungjawabpenjagaan yang lebih berat bagi pihak suami. Dr Nasarudin Omar dalam bukunya Argumen Kesetaraan Jender Perspektif Al-Quran menyatakan bahawa budaya kuno, mulai dari budaya Yunani, Parsi, Arabkuno dan pra Islam ada mempengaruhi kefahaman terhadap ayat al-Quran. Beliau mengupaskan perbezaan di antara perkataan `zakari' dan `untha'yang baginya bermaksud jantina dan perkataan `rajul' serta `nisa' yangbererti gender. Dr Nasarudin berkata, salah erti terhadap perbezaan ini yang menyebabkankekeliruan dalam tafsiran ayat yang ada hubung kait dengan perkara gender,iaitu perbezaan laki-laki dan perempuan dari segi sosio budaya. Istilah gender perlu dibezakan dengan perkataan jantina atau seks yangdigunakan untuk mengidentifikasi perbezaan di antara lelaki dan perempuandari segi anatomi biologi. Sementara perkara berhubung fungsi biologistidak akan berubah, fungsi wanita dan lelaki dari aspek gender akanberbeza-beza mengikut fahaman sosiobudaya. Kajian terhadap ayat yang berkisar sekitar kejadian lelaki dan wanitamenunjukkan bahawa tidak ada perbezaan dalam penciptaan lelaki dan wanita,kedua-duanya Allah jadikan untuk beribadah kepada-Nya. "Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah."-(Surah adz-Dzaariyaat, ayat 56) Dari segi ibadat dan kerja kebajikan, tanggungjawab lelaki dan wanitaadalah sama. "Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, taatlah kepada rasul supayakamu diberi rahmat." - (Surah an-Nur, ayat 56) "Dan orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalahaulia bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh untuk mengerjakan yangmakruf dan mencegah yang mungkar..." - (Surah at-Taubah, ayat 71) Perkataan `aulia' bererti kerjasama, bantu membantu dan penguasaan diantara satu sama lain. Tugas lelaki tidaklah lebih utama berbanding tugaswanita. Ini bererti keutamaan akan mengikut keadaan rumah tangga masing-masing. Hamudah menulis dalam bukunya Al Rasul fi Al Bayt menegaskan bahawaRasulullah saw sering membantu keluarganya, menjahit bajunya yang koyak,tali kasutnya yang putus, memerah susu kambing dan melayani dirinyasendiri. Baginda bahkan membantu keluarganya dalam tugas mereka. Demikian juga contoh wanita Islam bekerja sebagai gembala kambing, danpemimpin. Isteri Nabi bekerja, wanita turut pergi berperang, menjadi tenagapengajar dan cergas dalam masyarakat: Isteri nabi, Aisyah mengajar, Ummu Salamah memberi pendapat berbentukstrategi dalam Perjanjian Hudaibiah, Zainab menjual hasil kraf tangannyadan mempunyai wang sendiri untuk disedekahkan. Dalam buku Successful Women Angry Men tulisan Bebe Moore, dipaparkankisah benar dalam rumah tangga. Antaranya memaparkan perbezaan dalampersepsi terhadap perkahwinan di antara pasangan yang menganggapkanperkahwinan sebagai perkongsian setara dan pasangan yang berasakanperkahwinan memberikan hak mutlak suami yang tidak boleh digugat. Sebagai contoh membabitkan seorang lelaki yang berkahwin kali keduaselepas perkahwinan pertamanya gagal. Isteri pertamanya menggambarkannyasebagai seorang yang tidak akan menolongnya sedikit pun dalam urusan rumahtangga. Sebaliknya, isterinya dalam perkahwinannya yang kedua sangatberpuas hati dengan pembabitan suaminya yang bersama-sama membantu dalamsemua urusan rumah tangga. Faktor yang menjadi titik perbezaan adalahwatak dan persepsi wanita yang menjadi isterinya. Isteri pertama berwatak pendiam dan tidak pernah menyuarakanketidakpuasan hatinya, lebih suka memendam rasa. Sebaliknya isterinyasekarang, seorang yang terbuka dan mudah berbincang apa rasa hatinya. Sebelum perkahwinan, isteri ini menegaskan bahawa dia inginkan sebuahperkongsian hidup seimbang dan meletakkan beberapa syarat yangdipersetujui bersama. Wujudnya suasana saling menghormati dan kasih sayangdengan pasangannya menyebabkan perubahan sikap di dalam lelaki ini selepasberumah tangga kali kedua. Kurang rasa hormat terhadap isteri pertamamenyebabkan keruntuhan rumah tangga mereka. Perjanjian sebelum kahwin (prenuptial agreement) seperti yang dibuatoleh wanita ini sudah pun wujud dalam Islam dan syarat boleh diletak dandipersetujui bersama. Perjanjian sebegini sah dari segi undang-undang danakan mengurangkan kekeliruan dan akan membawa perkahwinan itu kepada tahapyang mulia, hasilnya pasangan masing-masing saling bantu membantu dankasih mengasihi. Pembabitan suami, isteri dan anak (sudah mumaiz) dalam membuat keputusanbersama dalam keluarga adalah juga ciri keluarga Islam. Semua ahli dalamkeluarga bebas memberikan pendapat, selagi tidak melanggar batas Islam.Saling berkasih sayang, prihatin dan kerjasama dalam pembahagian tugasrumah tangga yang fleksible dengan fungsi yang boleh ditukar ganti diantara suami di antara satu sama lain akan melenyapkan jurang perbalahandalam rumah tangga Muslim. Keadaan ini akan mengelakkan tekanan danketidakseimbangan sosial yang berlaku sekarang. Penulis adalah seorang doktor perubatan dan boleh dihubungi emelwjim@pd.jaring.my (END)

Wednesday, May 15, 2002

Pendidikan prasekolah berteraskan ajaran Islam


15/05/2002
Pendidikan prasekolah berteraskan ajaran Islam
Dr Harlina Haliza Siraj

ASPEK pendidikan prasekolah berteraskan Islam seharusnya diberikan nafasbaru. Usaha ikhlas dan murni ini perlu kepada satu hala tuju yang jelas,praktikal dan mampu dikongsi bersama dengan pengusaha pendidikanprasekolah, yang `mewakafkan' diri, masa dan tenaga untuk memperjuangkanaspek pendidikan yang amat penting ini. Pendidikan prasekolah sepatutnya mengetengahkan satu model sistempendidikan prasekolah berteraskan Islam. Sistem yang mempunyai imej yangfundamental, kontemporari, mampu menjana natijah dan melahirkan insancemerlang, berbudi tinggi dan berkesan dalam menyumbang kepada prosespengislahan masyarakat. Misi kita hari ini bagi membentuk generasi soleh wa musleh untukmenanamkan asas insaniah yang merangkumi tunjang aqidah, akhlak, akal,nafsiah dan jasmani yang dapat melahirkan insan gemilang. Ini seperti yang digambarkan melalui cerita ketinggian ilmu dankeyakinan Saidina Ali bin Abu Talib, kebijaksanaan kedua-dua cucuRasulullah saw iaitu Hassan dan Hussin dalam memberikan teguran kepadaseorang tua. Begitu juga keberanian budak gembala kambing mempertahankansifat amanahnya apabila didesak oleh Umar al-Khattab untuk menjualkanseekor kambing milik tuannya. Kejelasan akidah seorang kanak-kanak kecilyang diminta oleh gurunya mencampurkan susu dengan air apabila tiada siapayang boleh melihat serta banyak lagi contoh yang boleh diutarakan. Apa yang jelas, sekalipun kita sebagai ibu bapa tidak mungkin akan dapatbersama-sama anak sepanjang masa, bekalan hidup yang mantap berasaskanakidah dan tauhid ini akan menjadi pelita dan penyuluh mereka di sepanjangjalan kehidupan. Perlukah pendidikan prasekolah diberikan nafas baru? Tidaklah sukaruntuk mendapatkan jawapan kepada persoalan di atas. Saya hanya akan menghuraikan secara ringkas beberapa alasan kukuh yangmeyakinkan betapa perlunya kita selaku pendidik generasi muda ini,menyusun strategi bagi memastikan keberkesanan pendidikan prasekolah dapatdipertahankan. Di merata dunia, semacam ada satu `trend' pengharapan ibu bapa yangtinggi terhadap pencapaian anak mereka. Mereka menghabiskan wang yangbanyak untuk pendidikan anak. Oleh itu, wajar sekali kita memahami kehendak dan pengharapan tinggi ibubapa terhadap anak. Dalam keghairahan ini, sistem pendidikan prasekolahyang berteraskan Islam haruslah mampu mengimbangi desakan ibu bapa. Disamping itu, ia dapat bertahan dan mengekalkan ketulenan matlamat dan halatuju mendidik insan kamil yang tidak gelojoh merebut dunia semata-mata. Disebabkan permintaan tinggi terhadap pendidikan prasekolah, bidang inisecara terus dilihat sebagai sesuatu yang dapat menjana keuntungan dankomoditi lumayan. Akibatnya, berlaku eksploitasi dan penyimpangan daripada matlamat asaspendidikan yang murni dan sejati. Pendidikan prasekolah berteraskan Islamtidak harus turut hanyut dengan arus ini, malah sebaliknya istiqamahdengan matlamat memberikan pendidikan sebaik mungkin kepada setiapperingkat masyarakat tanpa membebankan ibu bapa. Inovasi yang harus dicetuskan oleh institusi prasekolah berteraskanIslam ialah: * Penekanan perubahan dari sudut kejiwaan (Afektif) kanak-kanak. Institusi prasekolah perlu meletakkan penilaian khusus dan keutamaanterhadap perubahan sikap, tingkah laku dan adab anak-anak. Penilaian yangdibuat oleh pengajar tidak harus sekadar melihat sama ada anak bolehmembaca, menulis, mengira, membaca al-Quran, hafal doa harian danmenunaikan gerak geri solat semata-mata. Malah anak harus dapat menunjukkan `perubahan' sikap dan adab daripadaseorang yang sombong atau penakut, tamak, self-centred kepada seorang yangberani, peramah, positif dan mampu menunjukkan semangat berkongsi danberpasukan dengan kawannya. * Mendidik ibu bapa menjadi pendidik berkesan. Institusi prasekolah berteraskan Islam perlu dapat memulakan inovasimengadakan sesi latihan kemahiran keibubapaan yang disyaratkan kepada ibubapa yang mahu menghantarkan anak mereka ke institusi ini. Sesi ini haruslah dapat diisi dengan kurikulum mantap, dikendalikandalam suasana positif serta konsisten. Ia juga perlu dapat memberikanpanduan kepada ibu bapa agar dapat menjalankan tugas keibubapaan denganlebih sempurna dan berkesan. Dengan itu, barulah benih yang disemaikan dalam jiwa anak graduanprasekolah Islam ini tidak akan diracuni oleh cara hidup dan kejahilan ibubapa mereka sendiri. * Meningkatkan mutu pendidik. Memartabatkan sistem latihan yang menyeluruh untuk menjadi guru`profesional' institusi prasekolah. Semoga dengan itu, guru dapatmempunyai pemikiran mantap mengenai tasawur atau worldview pendidikanIslam dan cara pengendalian institusi prasekolah yang terkini danprofesional. Di samping itu, mereka sendiri perlu cergas mengislahkan diri masing-masing ke arah pembaikan dan berkongsi aspirasi dan bukannya sekadarmelepaskan batuk di tangga. Kecintaan terhadap ilmu dan bidang perguruanini haruslah dapat disemai dan dibajai. Malang jika guru prasekolah itubertugas semata-mata tiada pilihan. Mereka akan berhenti sekiranya adapeluang lebih baik. * Pembabitan cergas lelaki dalam prasekolah. Dalam negara ini, pendidikan prasekolah seolah-olah dikuasai wanita.Wanita terbabit sebagai pengusaha hingga kepada pendidik dalam sistemprasekolah. Akibatnya, anak kita tidak dapat menikmati alam pembelajaran denganrole-model daripada kaum lelaki, selain bapa mereka. Oleh itu, ada dakwaankononnya keadaan itu antara sebab prestasi pencapaian kanak-kanak lelakilebih rendah berbanding kanak-kanak perempuan. Saya ingin melihat inovasi berani institusi prasekolah Islam untukmembebaskan diri daripada pandangan stereotaip ini. Saya yakin ramai kaumlelaki yang berbakat dan minat mendidik anak prasekolah. Saya mencadangkan institusi ini mendapatkan kerjasama lelaki veterandaripada pesara, imam atau bilal untuk mengadakan satu atau dua sesiseminggu. Pada sesi itu, yang mungkin boleh dipanggil `Sesi DatukBercerita' yang diisi dengan cerita teladan, sejarah nabi dan tokohterkenal dunia. Saya yakin, anak lelaki akan berpeluang bermanja dan berinteraksi denganmereka yang lebih tua dan boleh dianggap seperti datuk, sekali gus menjadirole model dan hero mereka. * Institusi prasekolah yang integratif. Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini, setiap etnik dankelompok agama mempunyai sistem pendidikan yang unik bagi mempertahankanidentiti dan nilai masing-masing. Islam sepatutnya dapat diketengahkansebagai satu unsur penting yang menjamin kesejahteraan dan perpaduan dalammasyarakat seperti ini. Bertolak dari situ, kita haruslah mempunyai hasrat dan tekad untuk mampumengetengahkan satu model pendidikan prasekolah yang akan disertai semuakaum dan agama di Malaysia, lantaran mutu dan imejnya yang tersohor. Iabukanlah sesuatu mustahil, seperti taman kanak-kanak kelolaan gereja yangmasih banyak menampung kanak-kanak daripada bangsa dan agama yang berbeza. Insya-Allah, dengan kajian dan keprihatinan yang tinggi, aspirasi iniakan jadi kenyataan satu hari nanti. Semoga usaha kita dalam memastikanaspek pendidikan ini terus mendapat tumpuan sewajarnya, akan dikira Allahsebagai satu amal soleh yang menambahkan timbangan pada akhirat nanti.- Penulis adalah pakar sakit puan dan boleh dihubungi melalui e-mel:wjim@pd.jaring.my. (END)

Wednesday, May 08, 2002

Memanfaat ICT untuk pembangunan umat Islam






08/05/2002
Memanfaat ICT untuk pembangunan umat Islam
By Azlina Roszy Mohamad Ghaffar

KEPESATAN teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadikan dunia semakinsempit. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, wujud satu dimensi baru yangmengikat manusia dalam kehidupannya, di samping sebagai orang perseorangandan ahli sesebuah masyarakat iaitu `jaringan'. Manusia hari ini dan akan datang tidak dapat lari daripada berada dalamsuatu jaringan. Peralatan ICT seperti komputer, alat pencetak, alat pengimbas, modem danistilah Internet bukan lagi sesuatu yang asing dipertuturkan di kedaikopi. ICT membolehkan manusia menikmati hiburan seperti menonton televisyenatau memudahkan manusia berhubung secara bertulis atau lisan dengansekelip mata. Kemudahan itu juga memudahkan banyak urusan harian sepertimembeli-belah, memesan buku, membayar bil, menyemak baki akaun kad kredit,mendapatkan pelbagai maklumat mengenai suatu tempat yang ingin dikunjungihanya dengan berada secara online dan menekan papan kekunci di dalamkeselesaan rumah sendiri. Bagi seorang pelajar, ICT membolehkan beliau mendaftar di sebuah kolejatau universiti, mendapatkan bahan pembelajaran, menghantar tugasan kepadapensyarah, malah mengikuti kelas tutorial secara maya - semuanya dilakukandari rumah. Dalam hal ini, wanita Islam tidak boleh ketinggalan dalam memanfaatkankecanggihan ICT untuk memajukan dirinya dan ummah. Barangkali wanita Islam perlu mengurangkan perhatian mereka terhadapperkara yang menunjukkan kemewahan hidup kepada perkara berkaitan ilmupengetahuan. Saidina Ali pernah menyebut bahawa perbezaan antara harta dengan ilmuialah ilmu menjaga kita, tetapi harta dijaga oleh kita. Hadis Rasulullah saw menyebutkan bahawa menuntut ilmu itu wajib bagisetiap lelaki dan perempuan. Proses mendapatkan ilmu tidak terhenti sebaik tamat persekolahan ataumula memasuki bidang pekerjaan. Wanita Islam yang prihatin terhadap kemajuan pelajaran anak pasti tidakmahu ketinggalan memiliki sebuah komputer untuk memperoleh manfaat ilmupengetahuan lebih besar. Apatah lagi dengan kewujudan sekolah bestari yang menekankan penggunaankomputer dan peralatan ICT kepada kanak-kanak sejak di bangku sekolahlagi. Bagaimanakah ICT boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh wanita yang jugaseorang suri rumah? Seperti yang diperkatakan, Internet adalah gerbang maklumat. Begitubanyak maklumat dan perkhidmatan terkini yang boleh diperoleh daripadaInternet secara percuma. Antaranya wanita boleh mendapatkan maklumat mengenai kehamilan danpenjagaan bayi, petua kecantikan, tip pendidikan anak, membeli baranganrumah, berkenalan dengan rakan pada alam maya malah bertanyakan masalahkesihatan tanpa perlu berjumpa doktor. Wanita juga boleh berkongsi maklumat dan petua rumah tangga denganmenjadi ahli kepada suatu jaringan mel berkaitan. Semua ini bolehdilakukan tanpa perlu keluar rumah. Laman web yang berunsurkan Islam juga boleh didapati dengan banyaknyadalam pelbagai bahasa pilihan yang diusahakan oleh pertubuhan rasmi. Kini anda berpeluang mempelajari perkara asas fardu ain, bertanyakanmasalah fekah, mendapatkan jadual waktu sembahyang di kawasan anda malahmemperbetulkan bacaan tajwid anda. Penggunaan komputer dan Internet juga boleh dimanfaatkan oleh andasekeluarga dengan kegiatan bersesuaian untuk seisi keluarga. Ini sepertimempelajari satu lagi bahasa baru atau mencari destinasi percutian yangbelum pernah dikunjungi. Penyalahgunaan sesuatu kemudahan atau teknologi adalah perkara yangmasih berlaku dan akan berterusan, selagi manusia dikuasai nafsu dan tidakdipimpin oleh akal dan iman. Fenomena ini sedikit sebanyak menyebabkan kebimbangan ibu bapa yangtidak mahu anak mereka terjebak dengan kegiatan negatif yang berleluasadalam Internet. Selain itu, fenomena penyalahgunaan Internet boleh berlaku apabila anakmenjadikan kemudahan Internet untuk bersembang dan membuang masa denganbermain game yang tidak berfaedah. Di sini, letaknya kepentingan untuk ibu bapa supaya turut memahamipenggunaan Internet dan menjadi pengguna komputer dan Internet yang aktif.Dengan ini ibu bapa akan dapat memeriksa laman web yang dimasuki anakmereka dan menetapkan hanya laman web tertentu yang boleh dilayari. Wanita Islam sebagai ibu harus prihatin terhadap penyalahgunaan Internetdi kalangan anak, apatah lagi anak meningkat remaja. Beliau harus menekankan pendidikan akidah Islam sejak awal usia anaksupaya tidak menerima bulat-bulat apa yang disogokkan dalam Internet. Ketahanan dalaman yang dipupuk oleh iman yang kental adalah serverpaling berkesan di jiwa anak supaya menyaring maklumat yang diperolehnyadan menjauhkan diri daripada bahan yang merosakkan akhlak. Dengan kecanggihan dan kemudahan ICT, manusia dihidangkan denganmaklumat alternatif yang membolehkannya memikirkan semula, menganalisisdan tidak terus mempercayai bulat-bulat tanpa menyelidiki sumber maklumatberkenaan. Kita melihat manfaat ICT ini dengan berita alternatif mengenai Islamyang lebih positif daripada imej negatif yang cuba ditonjolkan oleh mediaBarat. Laman web berteraskan Islam tumbuh dengan suburnya mutakhir inisebagai menjawab tohmahan dan tanggapan negatif media Barat mengenaiIslam. Ramai penganalisis isu semasa yang memberikan analisis berfakta mengenaisesuatu tragedi yang berlaku contohnya seperti Peristiwa 11 September diAmerika Syarikat tahun lalu. Seorang penganalisis Barat, Jon W Anderson, dalam satu kertas kajianbertajuk Is the Internet Islam's `Third Wave' or the `End ofCivilization'? menekankan penting dan strategiknya e-publishing ataupenyebaran maklumat melalui jaringan Internet seperti laman web dan melelektronik kepada komuniti manusia yang bertebaran di seluruh dunia. Apa yang menariknya ialah rumusan beliau mengenai kebangkitan semulaIslam pada `gelombang ketiga' melalui pemanfaatan ICT oleh umat Islamseluruh dunia. Dengan bilangan umat Islam yang ramai (hampir 2 bilion di seluruh dunia)tetapi penggunaan ICT yang masih pada peringkat minimum di negara umatIslam, apakah kita bersedia menyahut cabaran kebangkitan semula Islammelalui pemanfaatan ICT? Hanya umat Islam yang mampu menjawabnya.- Penulis adalah seorang penyelidik sains

Wednesday, May 01, 2002

Bioteknologi penuhi keperluan manusia

01/05/2002
Bioteknologi penuhi keperluan manusia
By Dr Roohaida

APABILA disebut perkataan bioteknologi, pelbagai reaksi akan diterimadaripada masyarakat. Kebanyakan kita mungkin segera melabelkan ia sebagaitindakan keterlaluan manusia bergelar saintis yang sewenang-wenangnyamengubah ciptaan Allah. Dalam fikiran mereka, akan segera terbayang imej haiwan bertanduk tigadan berkaki lima atau tumbuhan gergasi yang membesar dengan begitu pantaslalu menelan manusia umpama seekor harimau membaham mangsanya. Pandangan yang meleset ini adalah akibat masyarakat yang sering kalidihidangkan dengan filem Hollywood bercorak sains fiksyen yang membawagambaran tidak tepat dan jauh berbeza daripada kenyataan. Selain pemikiran itu, masih ramai tidak mengetahui hakikat sebenarbioteknologi, apatah lagi kemungkinan tidak pernah mendengar langsungistilah itu. Sebenarnya banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh manusia menerusiteknologi ini. Bioteknologi adalah kaedah atau teknologi moden berasaskan biologi padaperingkat molekul untuk menghasilkan produk baru. Ilmu biologi pada tahap molekul atau biologi molekul ini menerangkanbahawa keadaan fizikal sesuatu hidupan itu seperti warna kulit, perisabuah-buahan dan panjang sesuatu tangkai padi ditentukan oleh gen tertentu. Melalui pendekatan bioteknologi, gen ini boleh dipindahkan daripadahaiwan atau tumbuhan asal kepada hidupan lain. Ini bagi menghasilkanhidupan baru yang mempunyai ciri-ciri yang dikenal pasti sebagaibermanfaat kepada manusia. Bioteknologi banyak digunakan dalam bidang pertanian untuk membaiki mutuhaiwan ternakan dan tanaman. Contohnya untuk menghasilkan haiwan ternakandan tanaman yang dapat bertahan daripada serangan penyakit dan memberikanhasil tanaman tinggi. Matlamat usaha ini untuk memenuhi keperluan manusia yang kian meningkatjumlahnya. Sebenarnya perkara sebegini bukanlah sesuatu yang baru kepada petani danpenternak yang giat mendapatkan baka haiwan ternakan dan tanaman baiksejak beribu-ribu tahun lalu melalui proses kacukan. Bidang perubatan juga tidak ketinggalan mendapat manfaat daripadabioteknologi. Banyak bahan yang diperlukan untuk mengenal pasti penyakitberbahaya dihasilkan menerusi bioteknologi. Selain itu, vaksin bagi sesetengah penyakit berbahaya bagi manusia sudahdan sedang dihasilkan menggunakan teknologi ini. Selepas mengetahui manfaat bioteknologi, bagaimana pula caranya untukmengikis tanggapan negatif atau kejahilan masyarakat terhadap perkara ini? Masyarakat perlu diberikan pendedahan mengenai ilmu biologi molekul yangmendasari bioteknologi melalui sistem pendidikan. Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah lagi boleh diperkenalkandengan ilmu ini supaya mereka dapat memahami konsepnya ketika mempelajarimata pelajaran Matematik. Pendedahan pad peringkat awal ini penting untuk melahirkan masyarakatyang menghargai dan menghormati ilmu pengetahuan sebagai perkara asasdalam kehidupan. Jika semua orang dapat menerima betapa pentingnya pengetahuan asasmatematik dalam kehidupan seharian, tidak mustahil suatu hari nanti semuaahli masyarakat akan turut memahami pentingnya sains dalam kehidupan. Memang diakui industri bioteknologi di negara kita pada ketika ini jauhkebelakang berbanding negara maju. Kita tidak seharusnya ketinggalandengan arus perkembangan bidang bioteknologi yang berlaku pada peringkatglobal. Jika sebuah negara membangun seperti Pakistan mampu menguasai bidangfizik dan teknologi nuklear, tidak mustahil dengan izin Allah, Malaysiaakan mencapai tahap perkembangan bioteknologi setanding negara maju. Pada masa ini, kuasa besar dunia adalah pelopor dan penggerak utamadalam bidang bioteknologi sehinggakan monopoli industri ini menjadi milikmereka. Suasana politik semasa yang semakin lantang mencurigai dan menghinaIslam dan umatnya sekarang, seharusnya menyedarkan kita supaya membebaskanpergantungan diri terhadap orang luar dalam semua perkara. Penguasaan dalam sebarang bidang ilmu adalah kekuatan kepada sesebuahnegara. Tidak dapat dinafikan bahawa penyalahgunaan dan penyelewengan dalambidang bioteknologi juga boleh membawa kesan yang memudaratkan. Kita boleh melihat perkara ini berlaku melalui beberapa usaha untukmengklonkan manusia kononnya bagi membantu pasangan suami isteri yangtidak mampu untuk memperoleh anak disebabkan kemandulan. Jika diteliti dengan baik, Islam menggariskan dengan jelas jalan untukmenghasilkan zuriat tanpa perlu menggunakan pendekatan bioteknologi. Contoh ini menunjukkan dengan jelas, betapa pentingnya perkembanganbidang bioteknologi ini didasari oleh ajaran Islam yang cukup sempurna. Islam menerangkan kepada kita bahawa setiap orang mesti bertanggungjawabdi atas tindakannya masing-masing. Oleh itu, saintis mesti menilai akibat produk bioteknologi mereka kepadamanusia dan alam sekitar. Inilah tugas utama manusia dijadikan iaitumenjadi khalifah di muka bumi. Oleh itu, menjadi kewajipan kita untukmemastikan kesejahteraan dunia dan segala yang terkandung dalamnya. Lantaran itu usaha pada peringkat kebangsaan perlu dipertingkatkan agarlebih ramai lagi anak bangsa kita menceburi bidang bioteknologi. Umat Islam mesti berusaha bersungguh-sungguh sehingga dapat menguasaibidang ini dan mengembalikan semula kecemerlangan pada zaman gemilangIslam dulu. Marilah kita menjadikan impian lahirnya Ibnu Sina, Al-Tabari dan Al-Razizaman moden sebagai kenyataan pada masa hayat kita. - Penulis adalahpensyarah dalam bidang biologi molekul.