Suami ringan tulang ceriakan rumahtangga
22/05/2002
Suami ringan tulang ceriakan rumah tangga
By Dr Suriya Othman
LILY (bukan nama sebenar), berbangsa Cina mengadu sakit pada bahagian ari-ari. Sakitnya bermula ketika dalam pantang beberapa bulan lalu. Beliaumengadu, selepas tiga hari bersalin sudah mula membuat kerja rumah berat. "Sewaktu remaja, ibu yang melakukan semua kerja di rumah. Saya tidakpernah mengangkat cerek berat. Apa yang sedih suami sehelai baju pun tidakboleh angkat. Saya bukan saja suri rumah, saya juga bekerja," katanya. Dalam kes lain, Aida (bukan nama sebenar), wanita Melayu separuh umurberkerut dahinya kerana menahan serangan migrain. Penyakit itu mula timbulselepas berkahwin dan selepas empat anak, tiada petanda ia akan sembuh,malah semakin teruk. Antara ungkapan yang disebut ketika saya bertanyakan mengenaiperkahwinannya Aida berkata :"Saya rasa seperti dalam perangkap dan tiadajalan keluar bagi saya." Aida seorang isteri yang patuh dan taat, menjadisuri rumah sepenuh masa dan suaminya cukup garang. Menurut Aida, ibu mentua serta semua kakak dan adik iparnya tertekandengan suami masing-masing yang dididik untuk menganggap isteri sebagaipekerja serba boleh dalam rumah tangga, tanpa pihak lelaki memberi`pertolongan' bermakna. Begitulah antara cebisan kisah yang saya saksikan di klinik saya.Kebanyakan penyakit itu berpunca kerana salah anggapan terhadap bebanantanggungjawab isteri dan kerja `rumah tangga'. Pesakit wanita yang berumah tangga kerap menghadapi masalah kesihatanyang berpunca daripada tekanan emosi yang berat untuk ditanggung olehjiwanya. Kadang kala sesuatu masalah `bebanan' rumah tangga tidak hanyamengganggu emosinya, malah dimanifestasikan secara fizikal. Adakah apa-apa mandat untuk wanita diperbuat sedemikian rupa olehmasyarakat, termasuk wanita sendiri? Sering kali kita mendapati ibumenasihatkan anak lelaki supaya tidak memberi muka atau memanjakan isterisehingga terlalu mengada-ngada. Akibatnya ada antara kita melihat wanita berasa tekanan dari segi emosiatau jasmani kerana anggapan bahawa `beban' kerja dan tanggungjawab yangdi luar kemampuan mereka sebagai manusia yang merdeka. Adakah fenomena seperti ini adalah `tuntutan agama' atau adakah iakonstruksi budaya atau adakah punca lain yang menyebabkan keadaan iniberlaku? Layanan yang seharusnya terhadap isteri banyak dirakamkan al-Quran danhadis. "Dan daripada tanda-tanda kebesarannya Allah menjadikan bagimu darijenismu pasangan agar kamu mendapat ketenangan darinya dan menjadikanantara kamu bersama kasih mesra dan rahmat bahawasanya pada yang demikianitu sungguh mendapat tanda bagi kamu yang suka berfikir."- (Surah ar-Rum,ayat 21). Perkahwinan untuk sama-sama mendapat manfaat daripada ikatan itu melaluikonsep kesetaraan iaitu saling lengkap-melengkapi secara saksama dan bukanperkhidmatan di suatu pihak - isteri melayan suami, sedangkan suami tidakperlu melayan isteri atau sebaliknya. Perkataan yang digunakan dalam ayat ini iaitu `zauj' bererti pasangandan ini bermaksud suami untuk isteri dan isteri untuk suami. Konsep salingmengasihani dan saling membantu. "Ketahuilah, sesungguhnya bagi kau terhadap isteri kamu ada kewajipandan bagi isteri kamu terhadap kamu ada pula kewajipan." (Hadis Sahih) "Aku peringatkan kepada kamu agar berlaku baik kepada isteri kamu keranakamu mengambil dia sebagai amanat daripada Allah dan menjadi halalkehormatnnya bagi kamu dengan kalimat Allah." (Hadis sahih Riwayat BukhariMuslim dan disahkan oleh Tarmizi). Kedua-dua hadis ini menunjukkan kewajipan isteri dan tanggungjawabpenjagaan yang lebih berat bagi pihak suami. Dr Nasarudin Omar dalam bukunya Argumen Kesetaraan Jender Perspektif Al-Quran menyatakan bahawa budaya kuno, mulai dari budaya Yunani, Parsi, Arabkuno dan pra Islam ada mempengaruhi kefahaman terhadap ayat al-Quran. Beliau mengupaskan perbezaan di antara perkataan `zakari' dan `untha'yang baginya bermaksud jantina dan perkataan `rajul' serta `nisa' yangbererti gender. Dr Nasarudin berkata, salah erti terhadap perbezaan ini yang menyebabkankekeliruan dalam tafsiran ayat yang ada hubung kait dengan perkara gender,iaitu perbezaan laki-laki dan perempuan dari segi sosio budaya. Istilah gender perlu dibezakan dengan perkataan jantina atau seks yangdigunakan untuk mengidentifikasi perbezaan di antara lelaki dan perempuandari segi anatomi biologi. Sementara perkara berhubung fungsi biologistidak akan berubah, fungsi wanita dan lelaki dari aspek gender akanberbeza-beza mengikut fahaman sosiobudaya. Kajian terhadap ayat yang berkisar sekitar kejadian lelaki dan wanitamenunjukkan bahawa tidak ada perbezaan dalam penciptaan lelaki dan wanita,kedua-duanya Allah jadikan untuk beribadah kepada-Nya. "Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah."-(Surah adz-Dzaariyaat, ayat 56) Dari segi ibadat dan kerja kebajikan, tanggungjawab lelaki dan wanitaadalah sama. "Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, taatlah kepada rasul supayakamu diberi rahmat." - (Surah an-Nur, ayat 56) "Dan orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalahaulia bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh untuk mengerjakan yangmakruf dan mencegah yang mungkar..." - (Surah at-Taubah, ayat 71) Perkataan `aulia' bererti kerjasama, bantu membantu dan penguasaan diantara satu sama lain. Tugas lelaki tidaklah lebih utama berbanding tugaswanita. Ini bererti keutamaan akan mengikut keadaan rumah tangga masing-masing. Hamudah menulis dalam bukunya Al Rasul fi Al Bayt menegaskan bahawaRasulullah saw sering membantu keluarganya, menjahit bajunya yang koyak,tali kasutnya yang putus, memerah susu kambing dan melayani dirinyasendiri. Baginda bahkan membantu keluarganya dalam tugas mereka. Demikian juga contoh wanita Islam bekerja sebagai gembala kambing, danpemimpin. Isteri Nabi bekerja, wanita turut pergi berperang, menjadi tenagapengajar dan cergas dalam masyarakat: Isteri nabi, Aisyah mengajar, Ummu Salamah memberi pendapat berbentukstrategi dalam Perjanjian Hudaibiah, Zainab menjual hasil kraf tangannyadan mempunyai wang sendiri untuk disedekahkan. Dalam buku Successful Women Angry Men tulisan Bebe Moore, dipaparkankisah benar dalam rumah tangga. Antaranya memaparkan perbezaan dalampersepsi terhadap perkahwinan di antara pasangan yang menganggapkanperkahwinan sebagai perkongsian setara dan pasangan yang berasakanperkahwinan memberikan hak mutlak suami yang tidak boleh digugat. Sebagai contoh membabitkan seorang lelaki yang berkahwin kali keduaselepas perkahwinan pertamanya gagal. Isteri pertamanya menggambarkannyasebagai seorang yang tidak akan menolongnya sedikit pun dalam urusan rumahtangga. Sebaliknya, isterinya dalam perkahwinannya yang kedua sangatberpuas hati dengan pembabitan suaminya yang bersama-sama membantu dalamsemua urusan rumah tangga. Faktor yang menjadi titik perbezaan adalahwatak dan persepsi wanita yang menjadi isterinya. Isteri pertama berwatak pendiam dan tidak pernah menyuarakanketidakpuasan hatinya, lebih suka memendam rasa. Sebaliknya isterinyasekarang, seorang yang terbuka dan mudah berbincang apa rasa hatinya. Sebelum perkahwinan, isteri ini menegaskan bahawa dia inginkan sebuahperkongsian hidup seimbang dan meletakkan beberapa syarat yangdipersetujui bersama. Wujudnya suasana saling menghormati dan kasih sayangdengan pasangannya menyebabkan perubahan sikap di dalam lelaki ini selepasberumah tangga kali kedua. Kurang rasa hormat terhadap isteri pertamamenyebabkan keruntuhan rumah tangga mereka. Perjanjian sebelum kahwin (prenuptial agreement) seperti yang dibuatoleh wanita ini sudah pun wujud dalam Islam dan syarat boleh diletak dandipersetujui bersama. Perjanjian sebegini sah dari segi undang-undang danakan mengurangkan kekeliruan dan akan membawa perkahwinan itu kepada tahapyang mulia, hasilnya pasangan masing-masing saling bantu membantu dankasih mengasihi. Pembabitan suami, isteri dan anak (sudah mumaiz) dalam membuat keputusanbersama dalam keluarga adalah juga ciri keluarga Islam. Semua ahli dalamkeluarga bebas memberikan pendapat, selagi tidak melanggar batas Islam.Saling berkasih sayang, prihatin dan kerjasama dalam pembahagian tugasrumah tangga yang fleksible dengan fungsi yang boleh ditukar ganti diantara suami di antara satu sama lain akan melenyapkan jurang perbalahandalam rumah tangga Muslim. Keadaan ini akan mengelakkan tekanan danketidakseimbangan sosial yang berlaku sekarang. Penulis adalah seorang doktor perubatan dan boleh dihubungi emelwjim@pd.jaring.my (END)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home