Bioteknologi penuhi keperluan manusia
01/05/2002
Bioteknologi penuhi keperluan manusia
By Dr Roohaida
APABILA disebut perkataan bioteknologi, pelbagai reaksi akan diterimadaripada masyarakat. Kebanyakan kita mungkin segera melabelkan ia sebagaitindakan keterlaluan manusia bergelar saintis yang sewenang-wenangnyamengubah ciptaan Allah. Dalam fikiran mereka, akan segera terbayang imej haiwan bertanduk tigadan berkaki lima atau tumbuhan gergasi yang membesar dengan begitu pantaslalu menelan manusia umpama seekor harimau membaham mangsanya. Pandangan yang meleset ini adalah akibat masyarakat yang sering kalidihidangkan dengan filem Hollywood bercorak sains fiksyen yang membawagambaran tidak tepat dan jauh berbeza daripada kenyataan. Selain pemikiran itu, masih ramai tidak mengetahui hakikat sebenarbioteknologi, apatah lagi kemungkinan tidak pernah mendengar langsungistilah itu. Sebenarnya banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh manusia menerusiteknologi ini. Bioteknologi adalah kaedah atau teknologi moden berasaskan biologi padaperingkat molekul untuk menghasilkan produk baru. Ilmu biologi pada tahap molekul atau biologi molekul ini menerangkanbahawa keadaan fizikal sesuatu hidupan itu seperti warna kulit, perisabuah-buahan dan panjang sesuatu tangkai padi ditentukan oleh gen tertentu. Melalui pendekatan bioteknologi, gen ini boleh dipindahkan daripadahaiwan atau tumbuhan asal kepada hidupan lain. Ini bagi menghasilkanhidupan baru yang mempunyai ciri-ciri yang dikenal pasti sebagaibermanfaat kepada manusia. Bioteknologi banyak digunakan dalam bidang pertanian untuk membaiki mutuhaiwan ternakan dan tanaman. Contohnya untuk menghasilkan haiwan ternakandan tanaman yang dapat bertahan daripada serangan penyakit dan memberikanhasil tanaman tinggi. Matlamat usaha ini untuk memenuhi keperluan manusia yang kian meningkatjumlahnya. Sebenarnya perkara sebegini bukanlah sesuatu yang baru kepada petani danpenternak yang giat mendapatkan baka haiwan ternakan dan tanaman baiksejak beribu-ribu tahun lalu melalui proses kacukan. Bidang perubatan juga tidak ketinggalan mendapat manfaat daripadabioteknologi. Banyak bahan yang diperlukan untuk mengenal pasti penyakitberbahaya dihasilkan menerusi bioteknologi. Selain itu, vaksin bagi sesetengah penyakit berbahaya bagi manusia sudahdan sedang dihasilkan menggunakan teknologi ini. Selepas mengetahui manfaat bioteknologi, bagaimana pula caranya untukmengikis tanggapan negatif atau kejahilan masyarakat terhadap perkara ini? Masyarakat perlu diberikan pendedahan mengenai ilmu biologi molekul yangmendasari bioteknologi melalui sistem pendidikan. Kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah lagi boleh diperkenalkandengan ilmu ini supaya mereka dapat memahami konsepnya ketika mempelajarimata pelajaran Matematik. Pendedahan pad peringkat awal ini penting untuk melahirkan masyarakatyang menghargai dan menghormati ilmu pengetahuan sebagai perkara asasdalam kehidupan. Jika semua orang dapat menerima betapa pentingnya pengetahuan asasmatematik dalam kehidupan seharian, tidak mustahil suatu hari nanti semuaahli masyarakat akan turut memahami pentingnya sains dalam kehidupan. Memang diakui industri bioteknologi di negara kita pada ketika ini jauhkebelakang berbanding negara maju. Kita tidak seharusnya ketinggalandengan arus perkembangan bidang bioteknologi yang berlaku pada peringkatglobal. Jika sebuah negara membangun seperti Pakistan mampu menguasai bidangfizik dan teknologi nuklear, tidak mustahil dengan izin Allah, Malaysiaakan mencapai tahap perkembangan bioteknologi setanding negara maju. Pada masa ini, kuasa besar dunia adalah pelopor dan penggerak utamadalam bidang bioteknologi sehinggakan monopoli industri ini menjadi milikmereka. Suasana politik semasa yang semakin lantang mencurigai dan menghinaIslam dan umatnya sekarang, seharusnya menyedarkan kita supaya membebaskanpergantungan diri terhadap orang luar dalam semua perkara. Penguasaan dalam sebarang bidang ilmu adalah kekuatan kepada sesebuahnegara. Tidak dapat dinafikan bahawa penyalahgunaan dan penyelewengan dalambidang bioteknologi juga boleh membawa kesan yang memudaratkan. Kita boleh melihat perkara ini berlaku melalui beberapa usaha untukmengklonkan manusia kononnya bagi membantu pasangan suami isteri yangtidak mampu untuk memperoleh anak disebabkan kemandulan. Jika diteliti dengan baik, Islam menggariskan dengan jelas jalan untukmenghasilkan zuriat tanpa perlu menggunakan pendekatan bioteknologi. Contoh ini menunjukkan dengan jelas, betapa pentingnya perkembanganbidang bioteknologi ini didasari oleh ajaran Islam yang cukup sempurna. Islam menerangkan kepada kita bahawa setiap orang mesti bertanggungjawabdi atas tindakannya masing-masing. Oleh itu, saintis mesti menilai akibat produk bioteknologi mereka kepadamanusia dan alam sekitar. Inilah tugas utama manusia dijadikan iaitumenjadi khalifah di muka bumi. Oleh itu, menjadi kewajipan kita untukmemastikan kesejahteraan dunia dan segala yang terkandung dalamnya. Lantaran itu usaha pada peringkat kebangsaan perlu dipertingkatkan agarlebih ramai lagi anak bangsa kita menceburi bidang bioteknologi. Umat Islam mesti berusaha bersungguh-sungguh sehingga dapat menguasaibidang ini dan mengembalikan semula kecemerlangan pada zaman gemilangIslam dulu. Marilah kita menjadikan impian lahirnya Ibnu Sina, Al-Tabari dan Al-Razizaman moden sebagai kenyataan pada masa hayat kita. - Penulis adalahpensyarah dalam bidang biologi molekul.
1 Comments:
assalamualaikum, puan, saya merupakan lepasan asasi sains uitm. baru2 ini saya telah mendapat keputusan UPU dan mendapat kursus bioteknologi pertanian di UniSZA. masalahnya, saya tidak meminati bidang ini dan kurang jelas tentang biotech pertanian ini. adakah ia sesuai untuk wanita? harap dapat bantu saya :)
By Nur Petunjuk ^^, at 10:50 PM
Post a Comment
<< Home