Sumbang mahram jika dibiar boleh menghancurkan masyarakat
24/04/2002
Sumbang mahram jika dibiar boleh menghancurkan masyarakat
Dr Hafidzah Mustakim
AKHIR-akhir ini, kita dikejutkan dengan kes sumbang mahram dan jenayahseksual terutama terhadap kanak-kanak. Bayangkan, perangkaan pada 2000saja menunjukkan 258 kes penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan. Inibermakna purata 21 kes sebulan dan banyak lagi kejadian yang tidakdilaporkan Apa yang menakutkan daripada laporan itu ialah kebanyakan jenayahterhadap kanak-kanak dilakukan oleh insan terhampir dengan mereka sepertibapa, bapa tiri, abang, datuk atau bapa saudara. Perangkaan polis menunjukkan sepanjang empat tahun lalu, 71.2 peratusmangsa sumbang mahram adalah Melayu. Daripada 1,369 kes yang dilaporkan,974 adalah orang Melayu. Lebih 66 peratus kes itu dilaporkan berlakuterhadap gadis bawah umur 16 tahun. Mengikut laporan itu lagi, bapa adalah penjenayah sumbang mahram palingtinggi iaitu 380 kes, bapa saudara (231) dan saudara lelaki (87). Perangkaan itu walaupun membimbangkan namun tidak mencerminkan keadaansebenar kes sumbang mahram di negara ini. Hakikatnya jenayah itu lebihburuk daripada dilaporkan. Mengikut kajian sosial, hanya satu darisekurang-kurangnya tiga kes yang dilaporkan. Adakah kejadian ini sesuatu keadaan bermusim atau sebenarnya gejalakeruntuhan akhlak dalam masyarakat yang berterusan sepanjang zaman. Cuma kini ia berlaku dalam kadar begitu menggerunkan. Fikiran waras danhati bersih serta prihatin akan memaksa kita untuk bertanya dan memikirkanapakah punca penyakit masyarakat ini dan seterusnya mencari jalanpenyelesaiannya. Tidak rela rasanya kita sebagai ibu untuk membiarkan gejala ini terusberleluasa dan membenarkan generasi akan datang untuk hidup dalam suasanayang begitu membahayakan. Sumbang mahram dan jenayah seksual seumpamanya adalah petanda penyakitmasyarakat yang pudar akhlaknya. Ia adalah kesan kehidupan yang jauhmenyimpang daripada nilai ketuhanan dan cara hidup Islam sebenar. Analisis saksama kepada isu ini menunjukkan bahawa ada pelbagai faktoryang menyumbang ke arah gejala ini. Ia hanya dapat diatasi dengan kita menyingkap punca dan asalpermasalahan ini. Antara faktor itu ialah:- * Faktor dalaman yang merangkumi: - Kejahilan masyarakat terhadap cara hidup dan pengamalan Islambertunjang kepercayaan yang ikhlas dan tidak berpura-pura. - Hilangnya rasa takwa dan keyakinan mendalam terhadap kewujudan Allah. - Pembangunan kehidupan masyarakat yang hanya lebih menekankan kemajuanfizikal dan kebendaan serta tidak dipandu dengan asas keimanan kepadaTuhan. Ilmu saja tidak mencukupi jika tidak didasari oleh amal dan perbuatanyang penuh keinsafan. Sebagaimana kita lihat golongan `lebai' dan berpengetahuan agama jugatidak terkecuali dari melakukan jenayah ini. Apa yang penting ialahkebolehan untuk mengekang hawa nafsu keji daripada dilepaskan kepada anak,adik beradik atau saudara mara yang sepatutnya dilindungi. Sikap lemah mangsa dan orang sekeliling seperti ibu dan saudara terdekatdan jiran yang sepatutnya membantu, bukan menghukum dan memulau,menyebabkan jenayah ini terus berlaku. Ini disebabkan kejahilan, sifat malu, takut yang tidak berasas dan tidakmahu menjaga tepi kain orang, jika dibiarkan akan menyebabkan kehancurandalam masyarakat. Sememangnya kanak-kanak yang menjadi mangsa tidak dapat berbuat apa-apa.Namun hakikatnya kes seperti ini biasanya diketahui oleh ibu dan mungkinsaudara mara. Jika kefahaman terhadap kewajipan dan rasa tanggungjawab untuk mencegahkemungkaran itu dihayati oleh masyarakat, nescaya jenayah ini dapatdibendung. * Faktor luar yang membabitkan jenayah itu berlaku tidak boleh dipandangsepi, antaranya:- - Rangsangan nafsu yang diakibatkan oleh bukan saja video lucah yangboleh diperolehi semudah `kacang goreng', malah siaran berunsur lucah ditelevisyen. - Faktor persekitaran seperti rumah sempit dan tidak mempunyai bilikmencukupi untuk anak lelaki dan perempuan. Hasil pengalaman dan fakta yang dikumpul daripada kes yang dirujuk diRaudatus Sakinah (Pusat perlindungan dan bimbingan remaja Puteri),menunjukkan kebanyakan mangsa seksual dan kerosakan akhlak adalah remajayang tinggal di rumah sesak dan sempit serta tidak mempunyai bilikmencukupi. Kebanyakannya mempunyai hanya dua bilik. Oleh itu, mereka yang ingin membina atau membeli rumah perlu mengambilkira bilik untuk ahli keluarganya. Satu bilik bagi ibu bapa, satu bilikuntuk anak lelaki dan satu bilik lagi untuk anak perempuan. - Di samping itu, longgarnya penghayatan tata cara dan batas pergaulandalam rumah tangga dalam cara hidup Islam. Apakah langkah kita seterusnya dalam membendung gejala yang meruntuhkanmasyarakat ini. Oleh itu, marilah kita popular dan tunjukkan cara hidup Islam yangsebenarnya kepada anak dan orang di sekeliling. Islam meletakkan hukuman tegas sebagai jalan terakhir untuk memandumanusia menjalani kehidupan bertamadun dan sejahtera. Berapa ramaikah yang tahu mengenai perintah dan saranan Islam dalam tatacara dan batas pergaulan dalam keluarga sebagai langkah pencegahan kepadajenayah seksual?. Pengetahuan mengenai pedoman adab Islam untuk memasuki rumah orang lain,perintah menundukkan pandangan, batas pergaulan lelaki dan perempuan sertaperintah menjaga adab pergaulan dalam rumah tangga perlu digilap semula.Berapa ramaikah antara kita mengajar anak supaya meminta izin memasukibilik ibu bapanya? Islam menyarankan agar kita mengajar anak balighmeminta izin sebelum memasuki kamar kita dalam tiga waktu iaitu sebelumSubuh, tengah hari dan selepas Isyak. Hikmah di sebalik saranan itu supaya aurat kita dan adegan tertentutidak disaksikan oleh mereka. Begitulah Islam menetapkan adab dan pedoman untuk kita sama-sama hayatidalam menjaga nilai kekeluargaan serta mengelak berlakunya jenayah dalamrumah tangga.Penulis adalah doktor perubatan.
1 Comments:
sumbang mahram yang brleluasa smkin mghncurkn msyrkt skrg.tidak kah mreka tfkir akan kesulitan yg dtanggung mangsa mreka????ksalahan sperti ini mmg patut dijatuhi hkuman bunuh
By eima fahyma, at 6:25 AM
Post a Comment
<< Home