Tanggungjawab melahirkan keluarga bahagia
23/10/2002 :
Tanggungjawab melahirkan keluarga bahagia
Oleh Farihah Abu Bakar
KELUARGA adalah di antara institusi yang paling utama dan mulia didalam kehidupan orang Islam. Ini kerana keluarga mempunyai perananpaling besar dalam membentuk generasi sebagai harapan dan bentengnegara.Keluarga berjaya akan menjadi keluarga sejahtera dan kukuh,seterusnya akan menjadikan masyarakat sejahtera dan kukuh. Itulahpentingnya keluarga berjaya, seterusnya menjadi tonggak negara.Negara akan kuat dan selamat.Setiap keluarga yang diterajui oleh ibu bapa dan dianggotai oleh anak-anak ingin menjadi keluarga bahagia, lagi berjaya. Sememangnya setiapinsan ingin berjaya dan bahagia dalam hidupnya.Seorang lelaki apabila berkahwin ingin menjadi seorang suami dan bapayang berjaya. Begitu juga dengan seorang wanita ingin berjaya dalamrumah tangga sebagai seorang isteri dan ibu. Anak pula ingin berjayasebagai anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa.Bagaimana kita boleh berperanan melalui tugas dan tanggungjawab kitasupaya keluarga menjadi bahagia dan berjaya?Saban tahun negara memilih beberapa individu sebagai tokoh ibu bapamithali.Apabila diteliti riwayat hidup penyandang tokoh itu, dapatlahdirumuskan bahawa mereka berjaya kerana berperanan dalam keluargasebagai ibu bapa yang membesar dan mendidik anak menjadi orangberguna dalam masyarakat.Anak mereka terdidik dan ada yang berjaya ke menara gading,seterusnya memegang jawatan tinggi dalam sektor awam dan swasta.Ibu bapa begini yang berjaya memikul amanah daripada Allah. Merekasedar anak adalah anugerah Allah. Anugerah yang perlu disyukuri dandibesarkan dengan sebaiknya.Mereka faham bahawa keturunan itu adalah pemberian Allah. Firman-Nyabermaksud: "Tuhan menjadikan daripada diri kamu itu pasangan suamiisteri dan dari pasangan suami isteri itu pula anak-anak dan cucu-cicit (keturunan)..." – (Surah an-Nahl, ayat 72)Bapa berperanan mencari rezeki halal untuk membesarkan anak, ibu pulaberfungsi sebagai pengurus rumah tangga.Ibu bapa mithali ini, menekankan pelajaran agama kepada anak. Al-Quran diajar sendiri kepada anak. Kalau tidak diajar sendiri pun,anak dihantar mengaji kepada orang yang pandai di kampung mereka.Adab Islam yang berasaskan sunnah Nabi disemai sejak kecil dandisuburkan dalam kehidupan berkeluarga setiap hari.Abang dan kakak pun ada sikap ingin mendidik iaitu memberi tunjukajar dan menegur adik. Kalau tinggal berdekatan dengan datuk dannenek, anak tadi diasuh, diberi tunjuk ajar oleh datuk dan nenekmereka juga.Akhlak Islam seperti menghormati orang yang lebih tua amatdititikberatkan. Teguran dan nasihat diberikan serta diterima denganbaik oleh anggota keluarga. Perasaan syukur dan qona'ah (rasa cukup)disuburkan dalam jiwa anak.Anak apabila memasuki institusi sekolah, ibu bapa masih mendidik danmemberi perhatian kepada mereka.Abang dan kakak pun sama-sama membantu mendidik. Masing-masingberperanan ke arah kejayaan. Roh pendidikan dan bertolong-tolongandihidupkan dalam keluarga.Institusi sekolah walaupun penting, ibu bapa tidak serahkansepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada sekolah saja. Merekaterus mendidik kerana sedar bahawa keluarga adalah institusi pertamadan utama kepada anak.Tanggungjawab mendidik masih dipikul oleh ibu bapa, bukan terlepaskepada sekolah dan guru, apabila anak mula bersekolah. Sesungguhnyasetiap ibu bapa akan disoal mengenai tanggungjawabnya terhadapanaknya. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yangbermaksud: "Sesungguhnya Allah akan menyoal setiap pengembala akanapa yang digembalanya, adakah dia menjaganya dengan baik atau diamensia-siakannya sehingga seseorang lelaki itu akan disoal terhadapahli rumahnya." – (Hadis riwayat Ibnu Hibban)Ada ibu bapa hari ini beranggapan bahawa apabila anak masuk sekolah,lepaslah tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Seolah-olah gurudengan tugas dan peranan mereka cukup untuk mendidik anak mereka.Guru memerlukan ibu bapa untuk sama-sama mendidik. Ibu bapamenyediakan anak dengan menjaga kesihatan dan emosi serta memberisemangat untuk belajar.Guru mengajar di sekolah dengan menyampaikan sukatan pelajaran yangditetapkan oleh sekolah.Anak hanya berada di sekolah selama lebih kurang tujuh jam sehari,selebihnya berada di rumah. Alangkah baik sekiranya ibu bapaberganding bahu bersama guru mendidik untuk kebaikan dan masa depananak.Pelajaran di sekolah adalah pelajaran formal yang memberi kemahirankepada anak untuk berjaya di alam sekolah. Seterusnya apabila dewasaberjaya dalam kerjaya sebagai sara hidup mereka.Pelajaran yang tidak formal seperti akhlak adalah pelajaran dalamkehidupan anak belajar dari rumah dan ini berterusan.Ibu bapa mendidik anak bersungguh-sungguh di rumah, sementara gurupula mendidiknya bersungguh-sungguh di sekolah.Dengan ini, insya-Allah, anak akan berjaya dalam hidup mereka.Anak yang dibesarkan dengan pendidikan seimbang akan menjadi dewasayang seimbang dan ahli masyarakat yang berguna serta boleh menyumbangke arah masyarakat sejahtera.Di sini, dapat dilihat pendidikan yang diberikan oleh ibu bapamelalui institusi keluarga amat penting terutama dalam pembinaansahsiah.Ada seorang bapa berkata bahawa tiga bulan sekali dia ke sekolahuntuk berbincang mengenai pelajaran anaknya. Sokongan moral bapa tadimembuahkan hasil apabila anaknya berjaya dengan cemerlang dalampelajaran.Berapa ramai ibu bapa yang prihatin seperti ini? Mungkin ada ibu bapaberanggapan bahawa guru akan rimas atau tidak suka sekiranya ada bapaseperti tadi.Sebenarnya, guru akan berasa tugas mereka lebih berkesan jikamendapat kerjasama ibu bapa. Segala masalah pembelajaran dan disiplinboleh dibincang dan dirungkai bersama.Keprihatinan kita sebagai ibu bapa boleh dilaksanakan dengan bergiataktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Segala rancangan yangdiatur untuk kebaikan anak, boleh diketahui.Kita boleh merancang bersama guru program untuk kecemerlangan anak.Bersedialah untuk menyumbang dalam pelbagai bentuk yang termampu darisegi wang ringgit, masa atau kepakaran. Janganlah biarkan mesyuaratagung PIBG sekolah anak kita hambar dan kehadiran guru melebihi ibubapa.Sebagai ibu bapa kita akan berasa puas hati dan bersyukur pada usiaemas, anak yang dibesar dan dididik menjadi insan soleh dan bergunaserta berjaya dalam masyarakat.Amanah yang dipikul dan dilaksanakan dengan baik, Allah akan berikanbalasan yang baik pula. Marilah kita sebagai ibu bapa berperananbersungguh-sungguh memenuhi tanggungjawab, selagi mampu.l Penulis adalah pengurus tadika dan boleh dihubungi melalui emelwjim@p...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home