Matematik antara kunci untuk fahami ciptaan Tuhan
16/10/2002 :
Matematik antara kunci untuk fahami ciptaan Tuhan
Oleh Dr Noor Atinah Ahmad
KEPERLUAN untuk generasi muda menguasai sains dan teknologi semakinhari semakin meningkat. Penguasaan sains dan teknologi dikaitkandengan masa depan yang lebih cerah dan peluang pekerjaan lebih baik.Lebih meluas daripada itu, penguasaan sains dan teknologi mempunyaikepentingan pada peringkat nasional iaitu untuk membina generasiberilmu dan mempunyai daya saing tinggi.Dari perspektif Islam, selaras dengan tugas manusia sebagai khalifahAllah di bumi ini, penguasaan sains dan teknologi dilihat sebagaitanggungjawab dan mempelajari serta mengamalkannya ialah suatu ibadah.Penguasaan sains dan teknologi berkait rapat dengan penguasaanmatematik. Hal ini kerana matematik adalah bahasa sains.Kebanyakan idea dan penemuan saintifik dibangunkan menggunakanmatematik. Sejarah menunjukkan bagaimana matematik berfungsi membinatamadun manusia. Contohnya dalam sejarah tamadun Islam, penggunaansistem nombor yang meluas seawal abad kesembilan dan penguasaanbidang matematik seperti geometri dan trigonometri menyaksikanperkembangan ilmu astronomi, seni bina Islam dan bidang sains lain.Penemuan itu seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan tamadunsains dan teknologi seluruh dunia dan menjadi rujukan hingga hariini.Apakah pendekatan pembelajaran matematik yang perlu diambil untukmencapai tahap penguasaan yang dimaksudkan? Ibu bapa perlu sedarbahawa kemahiran matematik yang diperlukan oleh anak mereka tidaksama dengan kemahiran matematik pada zaman mereka.Generasi hari ini terpaksa berdepan dengan cabaran teknologi yangkecanggihannya di luar jangkaan 20 tahun lalu. Ia masih berkembangdengan pesat. Maka bayangkanlah kecanggihannya 20 tahun akan datang!Oleh itu kaedah pembelajaran matematik perlu disesuaikan denganperkembangan ini supaya kita dapat memastikan generasi hari inimendapat pendedahan dan bekalan ilmu sewajarnya untuk membolehkanmereka bersaing dalam zaman yang bakal mereka tempuhi.Penguasaan matematik boleh dilihat daripada lima aspek berikut(dipetik dan diterjemah daripada National Research Council USA –(2001). Adding it up: Helping Children Learn Mathematics, J.Kilpatrick, J. Swafford dan B. Findell (Eds.). Mathematics LearningStudy Committee, Center for Education, Division of Behavioral andSocial Sciences and Education. Washington DC: National Academy Press).l Pemahaman konsep matematik, operasi dan hubungannya.l Kefasihan melaksanakan prosedur pengiraan.l Kebolehan menghuraikan masalah dan menyelesaikannya secarabermatematik.l Kebolehan penaakulan iaitu keupayaan untuk berfikir secara logikal,memberikan penerangan, hujah dan justifikasi terhadap sesuatu masalahatau penyelesaian.l Kecenderungan melihat matematik sebagai sesuatu yang bermakna danbermanfaat.Kelima-lima aspek itu tidak akan dibincangkan secara terperinci disini. Bagaimanapun, ia penting untuk dilihat secara menyeluruh.Bagaimanakah ibu bapa dapat membantu anak menguasai kelima-lima aspekyang digariskan di atas? Umumnya, matematik ialah suatu himpunan ideaabstrak. Idea yang termaktub dalam buku teks matematik bolehdiajarkan melalui saluran formal di sekolah. Tetapi pada masa yangsama penerapan idea ini perlu disusuli dengan penerokaan kanak-kanakitu sendiri. Penerokaan akan menghidupkan daya kreativiti mereka danmenggalakkan pengembangan serta penghasilan idea baru.Di samping itu, perlu wujud pengintegrasian di antara teori dankehidupan harian supaya unsur abstrak sesuatu idea dapat dizahirkanmelalui pengalaman kanak-kanak itu. Di sinilah, pentingnya fungsi ibubapa untuk menghidupkan suasana pembelajaran tidak formal supayakanak-kanak bebas untuk meneroka mengikut kreativiti masing-masing.Tahap awal penguasaan matematik diperoleh kanak-kanak melaluikepekaan terhadap konsep nombor. Konsep nombor ialah suatu ideaabstrak mengenai ukuran yang meliputi ruang lingkup luas dan bolehdiaplikasikan dalam keadaan pelbagai. Contohnya, nombor empat: empatmeter, empat kereta, jam empat petang, empat ringgit, empat rakaatdalam sembahyang, empat harakat dalam sebutan tajwid dan sebagainya.Kepelbagaian bentuk ukuran yang boleh digambarkan oleh konsep nombormenjadikan ia suatu konsep sesuai untuk menggambarkan perkara disekeliling kita.Kanak-kanak kecil mula memperoleh kepekaan nombor melalui pengalamanmereka mendengar perkataan berkaitan nombor dan bilangan, melihatsimbol berkaitan nombor (contohnya duit, jam dan sebagainya).Pengalaman membuat perbandingan: yang banyak dan sedikit misalnya.Kepekaan terhadap bentuk geometri seperti segi empat, segi tiga, kiubdan piramid juga memberikan mereka kepekaan awal terhadap objekmatematik.Kepekaan inilah yang dibawa mereka ke alam persekolahan. Kanak-kanakyang mempunyai kepekaan nombor akan lebih mudah menyesuaikan diridengan matematik yang diajar di sekolah.Kajian menunjukkan bahawa kemahiran menggunakan nombor danmenjalankan operasi menggunakan nombor (contoh yang paling asas ialahmenambah, menolak, mendarab dan membahagi) ialah asas penting bagipendidikan matematik dan sains pada tahap lebih tinggi.Konsep nombor juga menyediakan suatu sistem yang berupaya membentukminda kanak-kanak untuk berfikir secara sistematik menggunakandisiplin logik. Contohnya, katakan kita ingin membuat perbandingan diantara dua batang kayu, satu panjang dan pendek. Panjang dan pendekboleh diukur secara kasar dan memberikan ukuran berbentuk kualitatif.Jika digunakan konsep nombor, saiz kayu itu boleh diberikan nilaitertentu. Misalnya kayu pertama panjangnya 10 sentimeter manakalakayu kedua panjangnya 8 sentimeter.Jelas di sini bahawa kayu pertama lebih panjang kerana ukurannyalebih besar. Perbezaan panjang kedua-dua kayu ini pula bolehdiberikan suatu nilai tepat iaitu dua sentimeter. Contoh inimenunjukkan bagaimana konsep nombor digunakan untuk menghuraikansesuatu masalah dengan teratur serta tepat dan pada masa sama iamembantu memberikan penyelesaian dalam bentuk kuantitatif.Seperti idea matematik lain, kepekaan nombor memerlukan aspekpenerokaan. Lebih-lebih lagi, bagi anak kecil yang belum didedahkandengan sistem pembelajaran formal, konsep nombor ini masih agak kaburbagi mereka. Maka pada tahap ini penerokaan adalah pendekatanterbaik. Penerokaan ini boleh dilakukan misalnya dalam bentukpermainan, gambar, nyanyian dan sebagainya.Generasi muda perlu dibimbing supaya menguasai matematik melaluipenguasaan menyeluruh lima aspek yang digariskan tadi.Melalui penguasaan ini kita boleh membimbing generasi muda supayaberupaya memahami idea dan prosedur kompleks, menyelesaikan masalahdengan berkesan, menjana idea baru dan kreatif serta mengemukakanhujah bernas dan tepat untuk menyokong idea itu. Lebih penting lagi,penguasaan matematik membolehkan mereka menguasai konsep sistem danukuran yang juga di antara kunci untuk kita memahami ciptaan Allah.Segala ciptaan Allah, dari penciptaan atom dan molekul yang teramatkecil hingga penciptaan langit dan bumi, dijadikan mengikut sistem,imbangan dan ukuran tertentu. Hanya Allah yang mempunyai pengetahuansebenar mengenainya.Firman Allah bermaksud: "Dan Kami menghamparkan bumi dan menjadikanpadanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatumenurut ukuran. Dan Kami menjadikan untukmu di bumi keperluan hidup,dan (Kami menciptakan pula) makhluk yang kamu sekali-kali bukanpemberi rezeki kepadanya. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan padasisi Kamilah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkandengan ukuran tertentu." – (Surah al-Hijr, ayat 19-21)Semoga dengan mendekatkan pembelajaran menyeluruh, kita berupayamembina generasi yang bukan saja celik di sudut sains danteknologinya, malah di sudut iman dan amalnya.l Penulis adalah pensyarah Matematik, Universiti Sains Malaysia.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home