Laman Rabu - WADAH WANITA ISLAM

Wednesday, September 15, 2004

Komunikasi, hormati hak kunci perkahwinan bahagia

Oleh Prof Madya Dr Najibah Mohd Zain
INSTITUSI perkahwinan penting ke arah pembentukan sebuah masyarakatsempurna kerana ia berjalan di atas landasan atau sistem yangdigariskan oleh Allah sesuai dengan fitrah manusia.Allah berfirman bermaksud: “Dan antara tanda kekuasaan-Nyaialah Dia menciptakan untukmu suami isteri daripada jeniskamu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteramkepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang.” (Surah ar-Rum,ayat 21)Perkahwinan dan dijadikan lelaki serta wanita untuk mencari keredaandaripada Allah dan menambahkan ketakwaan insan. Perkara ini dijelaskandalam firman-Nya bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kamukepada Tuhan yang menjadikan kamu daripada yang satu dan yang menjadikanisterinya dan juga membiakkan daripada kedua-dua zuriat keturunan lelakidan wanita yang ramai.” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)Ayat di atas menjelaskan mereka yang berada di alam perkahwinanhendaklah berusaha mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayangserta saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.Contohnya, jika isteri mengidam untuk memakan sesuatu yangtidak mustahil untuk dipenuhi, perlulah suami memenuhi tuntutanitu demi menyatakan kasih sayangnya terhadap isteri.Mereka akan mendapat rahmat Allah dengan keikhlasan untukmencari keredaan dan takwa Allah.Perkahwinan dalam Islam mesti dilandaskan atas dasar itu, demihubungan yang berkekalan dan melahirkan zuriat bagi menyambungamal soleh walaupun selepas ibu bapa meninggalkan dunia ini.Penyempurnaan ikatan ini akan membawa kepada kewajipan untukmenunaikan hak dan tanggungjawab sebagai suami isteri yangdiamanahkan oleh Allah, di samping memenuhi tuntutan rohani dan jasmani.Sesungguhnya rumah tangga bahagia tidak akan terlaksana jikakedua-dua pihak tidak dapat memahami dan menunaikan tanggungjawabmasing-masing.Perkara ini kerana ia bukan saja hubungan jiwa antara suami isteri,malah membabitkan hubungan serta ketaatan kepada Allah.Untuk memenuhi matlamat itu, al-Quran dan hadis menggariskanbeberapa hak dan tanggungjawab yang mesti dipenuhi oleh pasanganyang mendirikan rumah tangga. Panduan itu supaya tidak timbulperbalahan serta perkelahian antara kedua-dua pihak dan seterusnyadapat mewujudkan persefahaman serta sifat toleransi.Allah berfirman bermaksud: “Dan golongan wanita mempunyai hak yangseimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, akan tetapisuami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isteri.” (Surah al-Baqarah,ayat 228)Nas ini jelas menunjukkan bahawa isteri dan suami mempunyai persamaanhak dan tanggungjawab tanpa membezakan antara kedua-duanya.Ia adalah darjah peraturan kepemimpinan yang seharusnya dimiliki olehsuami dalam mengatur maslahat rumah tangga.Al-Quran mengehadkan tugas kepemimpinan ini kepada suami dan tidakkepada isteri demi kebaikan keluarga itu sendiri dan bukan untukmembezakan daripada sudut hak dan tanggungjawab.Dalam surah an-Nisaa’, ayat 34, Allah berfirman bermaksud: “Kaum lelakiitu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagianmereka atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan sebahagiandaripada harta mereka.”Maksudnya adalah orang lelaki diberikan Allah kekuatan bersesuaiandengan tabiat kerja lelaki itu sendiri sebagai pencari rezeki danpentadbir rumah tangga. Tugas wanita pula ialah berusaha untukmembahagiakan suami serta menguruskan rumah tangga dan menguruskan anak.Al Mawardi menyebut isteri tidak perlu taat kepada suami jika suami gagaldalam melaksanakan tanggungjawabnya memberi nafkah.Ia adalah menjadi kesalahan dan dosa bagi suami yang melalaikantanggungjawab memberi nafkah.Meletakkan isteri dalam kesusahan adalah sesuatu yang dilarang sama sekalidalam Islam.Islam juga menggariskan cara pergaulan iaitu bergaul dengan cara baikwalaupundalam perkara yang dibenci dan berlaku adil.Allah berfirman bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu)dengan cara yang baik, kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka,(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahalAllah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisaa’, ayat 19)Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa suami harus memberi makan kepadaisteri jika dia makan dan memberi pakaian kepadanya seperti dia berpakaianserta tidak boleh memukulnya dan tidak boleh mengolok-olokkan dia dan tidakboleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri nusyuz).Saidina Umar Ibnu Al-Khattab berkata kepada seorang lelaki yang hendakmenjatuhkan talak kepada isterinya lantaran kebencian terhadapnya:“Celakalah engkau;adakah rumah tangga itu dibangunkan di atas cinta saja? Maka di manakahletaknya riayah dan tanggungjawab?”Rasulullah menerangkan bahawa sifat seorang isteri itu bagaimana dibencioleh suaminya, masih tetap mempunyai ciri kebaikan yang boleh dicintai olehsuaminya.Tidak wajar mengutamakan perkara yang dibenci melebihi perkara dicintai.Kalaulah suami berkahwin lebih daripada seorang, suami hendaklah berlakuadil terhadap semua isterinya seperti giliran bermalam bersama mereka danjuga adil daripada sudut pemberian nafkah.Bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan mengasihi seorang isteri lebihdaripada yang lain sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan sekali-kalikamu tidak dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu walaupun kamusangatingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung(kepada yang kamu cintai) hingga kamu membiarkan yang lain terkapai-kapai”.(Surah an-Nisaa’, ayat 129).Pergaulan yang baik juga meliputi melakukan hubungan seksual antara suamidan isteri.Rasulullah mengingatkan sahabat dengan sabdanya yang bermaksud:“Janganlah antara kamu yang menyetubuhi isterinya dengan carayang dilakukan haiwan. Hendaklah antara kedua-duanya ada ‘pengantar’.“Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘pengantar’itu ya Rasululah? Baginda menjawab: ‘Ciuman dan percakapan’.” (Hadis riwayatal-Baihaqi)Islam mengharamkan persetubuhan melalui dubur (liwat),menyetubuhi isteri ketika haid dan nifas kerana membahayakankesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada tata susila rakyat.Jika peraturan yang digariskan Islam dipatuhi oleh pasanganberkenaan, terutama suami yang seharusnya memainkan peranan yangbesar dalam rumah tangga sebagai ketua keluarga, perkara sepertipersetubuhan paksa (marital rape) dan seumpamanya tidak timbul.Persetubuhan secara paksa tidak boleh dinamakan ‘rogol’ tetapi dinamakan‘penderaan seksual’. Perkara ini kerana apa juga bentuk kemudaratan yangmenimpa isteri disebabkan oleh tingkah laku suami, maka isteri bolehmengambil tindakan undang-undang seperti membuat tuntutan cerai ataufasakh dengan melaporkannya kepada polis dan pejabat kadi.Islam juga membenarkan isteri membuat tuntutan bayaran pampasandi atas kecederaan yang dialaminya atas penderaan yang dilakukanoleh suami walaupun disebabkan oleh persetubuhan.l PENULIS ialah pensyarah di Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,Universiti Islam AntarabangsaMalaysia dan boleh dihubungi pada e-mel, wanitajim0@...Jawapan terhadap sebarang persoalan boleh dilihat diwww.wanitajimceria.blogspot.com.my

0 Comments:

Post a Comment

<< Home