Laman Rabu - WADAH WANITA ISLAM

Wednesday, September 08, 2004

Israk Mikraj perlihatkan ketegasan, keberanian Rasul

Sptember 2004


Oleh Prof Madya Maznah Daud SETIAP tahun menjelang 27 Rejab, umat Islam menyambutnya dengan mengulangi pengkisahan peristiwa Israk dan Mikraj dari awal hingga akhir tanpa bosan. Peristiwa yang sangat bermakna ini berlaku tidak lama sebelum hijrah. (Periwayat tidak sependapat dalam menentukan tahun berlakunya Israk dan Mikraj)
Israk bermaksud membawa Nabi Muhammad saw berjalan pada waktu malam dariMasjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin. Mikraj pulabermakna perjalanan ke langit dari Masjid Al-Aqsa hingga ke SidratulMuntaha.Hikmah perjalanan ini diterangkan dalam al-Quran, ayat pertama surahal-Israk yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke MasjidAl-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkankepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allahjugalah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."Hijrah adalah titik permulaan bagi Rasulullah memasuki fasa baru dalamgerakan dakwahnya. Fasa baru ini jauh lebih hebat dan besar tentangan sertacabarannya berbanding yang dilalui sebelumnya.Di Makkah, Rasulullah dan orang beriman hanya berdepan dengan kaum kerabatdari pelbagai puak dan suku bangsa Arab.Tentangan kebanyakannya berbentuk cemuhan, ejekan, tawar menawar danseumpamanya. Penderaan fizikal oleh sesetengah yang memeluk Islam adalahtindakan oleh ketua keluarga ke atas anak buahnya secara perseorangan.Mungkin tentangan paling besar yang dihadapi oleh Rasulullah dan kaumkerabatnya daripada kalangan Bani Hasyim dan Bani Al-Muttalib ialahkonspirasi memulau selama tiga tahun yang disepakati oleh kaum Musyrikin diMakkah.Cabaran itu adalah serangan ketenteraan dan peperangan bersenjata yang lebihsengit. Maka melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang penuh dengantanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah, seolah-olah Allah hendak membinapersediaan kerohanian dan mental dalam diri Baginda.Demikian juga yang berlaku ke atas Nabi Musa ketika baginda diperintahkansupaya berhadapan dengan Firaun yang zalim. Baginda dianugerahkan beberapamukjizat besar sebagai persediaan yang terkandung dalam firman Allahbermaksud: "Dan apa (bendanya) yang di tanganmu itu wahai Musa? Musamenjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya ketika berjalan, danaku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku,dan ada lagi keperluanku yang lain pada tongkat itu."Allah berfirman bermaksud: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!" Lalubaginda mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ularyang bergerak menjalar. Allah berfirman bermaksud:"Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut. Kami akan mengembalikannyakepada keadaannya yang asal. Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu,nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat, sebagaisatu mukjizat yang lain. (Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendakmemperlihatkan kepadamu sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan kami yangbesar." (Surah Taha, ayat 17-23)Hikmah atau tujuan kedua-dua peristiwa besar ini ialah Allah mahumemperlihatkan kepada Rasulullah perkara yang diserukan kepada manusia agarmempercayainya.Baginda menyeru manusia agar beriman kepada Allah.Maka menurut sesetengah pendapat, Baginda melihat Allah ketika Mikrajnya.Baginda menyeru manusia agar beriman kepada rasul. Pada malam itu, Bagindaberkumpul dengan semua rasul dan bersembahyang dengan mereka serta bertemusebahagian mereka.Baginda juga menyeru manusia agar beriman dengan perkara ghaib. Dan padamalam itu, Baginda melihat perkara yang ghaib iaitu langit, syurga, neraka,malaikat, Baitul Makmur, Sidratul Muntaha dan sebagainya.Selain itu, perjalanan yang menakjubkan ini memberi gambaran kesatuan akidahyang dibawa oleh nabi sejak Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail hingga nabiterakhir, Muhammad.Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa adalah tempat suci bagi penganut agamaTauhid.Kedua-duanya dipertautkan dalam peristiwa penuh berkat ini. Ia secara tidaklangsung seolah-olah menobatkan Nabi Muhammad sebagai penerima warisantempat suci nabi sebelumnya.Secara kebetulan pula (pastinya termasuk dalam perancangan Allah Yang MahaBijaksana) pada tarikh sama iaitu 27 Rejab 583 Hijrah, Baitulmaqdis berjayadibebaskan oleh angkatan tentera Islam yang dipimpin oleh SolahuddinAl-Ayubi, setelah ditakluki tentera Salib selama lebih 90 tahun.Israk dan Mikraj juga memperlihatkan kepada kita ketegasan dan keberanianRasulullah dalam menyatakan kebenaran.Diriwayatkan bahawa pada malam berlakunya peristiwa bersejarah itu,Rasulullah tidur di rumah sepupu Baginda, Ummu Hani' dan pulang pada malamyang sama.Setelah pulang daripada pengembaraan yang luar biasa itu, Bagindamenceritakan apa yang dialaminya kepada Ummu Hani'. Kemudian Bagindabergegas mahu ke Masjid Al-Haram. Ummu Hani' cuba menahannya sambil memegangbaju Baginda. Dia berkata: "Aku takut kaummu akan mendustakanmu jika engkauceritakan kepada mereka!"Baginda menjawab dengan tegas: "Sekalipun mereka mendustakan, pasti akankuceritakan juga."Baginda terus keluar meninggalkan Ummu Hani' sendirian melayan kerisauannya.Memang tepat apa yang dijangka oleh Ummu Hani'. Cerita yang amat luar biasaitu disambut dengan pelbagai reaksi negatif hingga ada kalangan mereka yangberiman, berpaling tadah.Namun semua itu tidak melemahkan Baginda dan tidak mematahkan semangatRasulullah dalam memperkatakan kebenaran yang diyakininya.Inilah teladan yang wajib dicontohi umatnya yang saban tahun tidak pernahlupa mengenang dan mengadakan sambutan Israk dan Mikraj. Umat Islam mestiberani menyatakan kebenaran tanpa mengambil kira penerimaan manusia.Peristiwa ini juga menunjukkan Rasulullah tidak menjadikan mukjizat besarini sebagai sandaran supaya manusia membenarkan risalahnya, meskipun merekaselalu meminta ditunjukkan kepada keajaiban tertentu. Dengan itu nantimereka akan percaya kepadanya.Sesungguhnya agama yang dibawa oleh Rasulullah tidak bergantung kepadaperkara luar biasa untuk menarik manusia supaya menganutinya. Islam adalahagama yang benar, sejajar dengan fitrah serta mampu memenuhi segalakeperluannya.Ketegasan Baginda menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj kepada kaumnyabukan untuk menjadikannya sebagai sandaran supaya mereka beriman, tetapihanya untuk menyampaikan suatu kebenaran yang diyakininya benar.Kini menjelang 27 Rejab 1425, Masjid Al-Aqsa yang menjadi persinggahan IsrakRasulullah dan permulaan Mikrajnya serta bumi suci lagi diberkati disekitarnya terus dicengkam kezaliman dan keganasan musuh.Inilah masanya bagi umat Islam di seluruh dunia memperteguhkan azam danmeningkatkan usaha ke arah pembebasan bumi suci yang diwariskan kepada NabiMuhammad ketika Israk dan Mikrajnya.
PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM), Selangor dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com. Jawapan kepada sebarang persoalan boleh didapati dari www.wanitajimceria.blogspot.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home