Raudatus Sakinah terima banyak kes remaja hamil
5/6/2002
Raudatus Sakinah terima banyak kes remaja hamil
Pn Yusnani Abdul Hamid
MAZLAN (bukan nama sebenar) tidak mahu melihat anak saudaranya yang
ternoda terus hanyut mengharungi hidup remajanya. Baginya, anak saudaranya
perlu dilindungi dan diselamatkan daripada terus terjerumus dalam gejala
sosial lain.
Dengan fikiran waras dan terbuka, Mazlan menghantar anak saudaranya ke
Raudatus Sakinah, tempat bimbingan dan perlindungan remaja yang
dikelolakan oleh Jamaah Islah Malaysia.
Raudatus Sakinah memberi perlindungan kepada remaja puteri berusia 12
hingga 25 tahun. Mereka adalah remaja yang menjadi mangsa gejala sosial
seperti penderaan, sumbang mahram, murtad, pergaulan bebas dan hamil luar
nikah.
Mazlan dalam keterangannya kepada petugas Raudatus Sakinah memberitahu
bahawa anak saudaranya yang berusia 15 tahun, hamil lima bulan.
Beliau mendakwa anak saudaranya adalah mangsa cinta remaja yang
terpedaya godaan lelaki hidung belang. Lelaki ini dapat mengisi hati yang
kekosongan kasih sayang ibu bapa yang sibuk mencari rezeki untuk menampung
keperluan hidup.
Lelaki itu terus menghilangkan diri sebaik mengetahui remaja berkenaan
hamil.
Gadis malang pula terkapar-kapar dan baru menyedari pentingnya nilai
kesucian dirinya.
Tetapi apa hendak dikata terlajak perahu boleh di undur terlajak
`bermukah' buruk padahnya. Gadis malang tiada jalan lain kecuali
memberitahu ibu mengenai nasibnya.
Sebaik mengetahui bahawa anaknya mengandung, si ibu amat marah dan
menghalaunya keluar rumah. Remaja itu hampir-hampir membunuh diri
mengenangkan nasib malangnya.
Nasibnya baik kerana bapa saudaranya prihatin dengan masalahnya. Bapa
saudaranya menghantar dia ke pusat bimbingan remaja puteri, Raudatus
Sakinah.
Di pusat itu, remaja berkenaan dipulihkan emosinya, dikenalkan dengan
mentor atau kaunselor yang prihatin, empati dan simpati untuk memulihkan
semangatnya.
Dia diberikan bimbingan dan kefahaman agama, diajarkan kemahiran sebagai
persediaan masa depan seperti menjahit, memasak dan membuat kraftangan.
Dia juga diberi bimbingan pengetahuan teknologi, maklumat dan komunikasi
(ICT)
Anak yang dilahirkan kemudian diambil sebagai anak angkat oleh ibu bapa
angkat yang terpilih.
Jika dulu banyak kisah anak luar nikah dibuang dalam tong sampah, tetapi
kini kes sebegini semakin kurang.
Pusat ini menerima banyak permintaan untuk mendapatkan anak angkat
daripada pasangan yang memerlukan anak. Mereka mempunyai latar belakang
keluarga yang baik, berpelajaran, berkemampuan, empati dan simpati.
Ini adalah antara beberapa kes remaja bermasalah yang dirujukkan ke
pusat ini.
Menurut rekod, 83 peratus kes kemasukan ke pusat ini adalah wanita hamil
di luar nikah yang membabitkan remaja berusia 14 hingga 22 tahun. Daripada
jumlah itu, 47 peratus berusia 14 hingga 17 tahun.
Perangkaan turut menunjukkan 11 peratus adalah kes pergaulan dan seks
bebas membabitkan remaja bawah umur dan masih di bangku sekolah.
Bagaimana mereka boleh terjerumus ke lembah perzinaan dan akhirnya
membinasakan diri sendiri? Adakah hanya mereka yang patut dipersalahkan?
Sebagaimana biasa apabila berlaku gejala sosial dan sesuatu yang `rosak'
dalam masyarakat, maka banyaklah tangan yang menuding menyalahkan remaja
semata-mata.
Remaja sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru. Kebanyakan mereka
mudah terikut dengan gaya dan trend cara hidup `lain' daripada yang lain,
kecuali remaja berkenaan sejak kecil diasuh dengan adab kesopanan dan
batas pergaulan sihat.
Remaja sekarang bukanlah remaja zaman semalam. Remaja sekarang hidup
seiring dengan pembangunan dunia. Perubahan ini membawa bersama perubahan
gaya hidup rakyat di setiap lapisan masyarakat.
Apabila negara semakin maju semakin besar pula cabaran ibu bapa dalam
pengurusan dan pendidikan anak.
Pakar motivasi dan keibubapaan juga mengakui hakikat ini. Kehidupan kini
tidak semudah dulu. Remaja kita semakin kompleks.
Pendidik, pengkaji sains sosial, ahli psikologi dan ibu bapa seharusnya
melihat kembali dan menilai semula apakah keutamaan dalam hubungannya
dengan remaja. Jika ibu bapa gagal memahami anak mereka, kekecewaan dan
penyesalan kesudahannya.
Kebanyakan ibu bapa dan masyarakat masih lagi tidak dapat memahami citra
dan cita rasa remaja.
Ibu bapa dan masyarakat masih dibelenggu dengan cara didikan lama.
Mereka dibelenggu dengan perangai ibu bapa yang penuh keegoan diri dan
bersikap `kami lebih tahu, lebih dulu makan garam'. Kadang kala ketegasan
ibu bapa dianggap oleh remaja sebagai gila kuasa dan mengongkong mereka.
Remaja tidak gemar kongkongan kerana sifat semula jadi `suka melawan dan
agresif'. Tetapi jika mereka dapat difahami dan diuruskan dengan baik
serta kena caranya, mereka sebenarnya sangat kendiri untuk menyelesaikan
masalah mereka.
Penanaman dasar akidah yang benar dan keimanan kukuh dengan contoh baik,
seharusnya dibuat sewaktu kecil. Motto `kita buat apa yang kita dakyahkan'
bukan `dakyahkan apa yang kita buat', sepatutnya diamalkan.
Realiti masa kini menunjukkan sebilangan ibu bapa dan masyarakat suka
menasihatkan remaja apa yang mereka tidak lakukan atau menunjuk-nunjuk apa
yang kononnya `baik' untuk mereka lakukan.
Jadilah pendengar yang baik, anggaplah remaja sebagai kawan yang kita
hormati, tidak merendah-rendahkan kecerdikan, tidak menjatuhkan air muka
dan hargailah pencapaian mereka.
Pada masa sama, nada suara juga seharusnya berbau kemesraan dan kasih
sayang. Kita perlu menanam kesabaran dan ketahanan dalam diri jika
menghadapi remaja bermasalah. Fahamilah faktor sekeliling yang membuat mereka jadi begitu. Di sinilah letaknya ketrampilan dan kemahiran keibubapaan. Di samping itu sentiasa berdoa agar hati mereka lembut dan cintakan kebenaran dan ketakwaan.
- Penulis adalah Pengurus Raudatus Sakinah, Pusat Bimbingan dan
Perlindungan Remaja Puteri dan boleh dihubungi di e-mel wjim@pd.jaring.my.
29 Comments:
assalammualaikum pn yusnani,mudah mudahan pn dan seisi keluarga berada dibawah lidungan yang maha kuasa.amin saya amat berbesar hati dgn raudatus sakinah yang menitik beratkan masaalah remaja yang makin terus hanyut dibuai mimpi dunia,alhamdullillah bahawa kita sebagai manusia ini tidak pernah sunyi dari membuat perkara perkara yang terus menghanyutkan diri kita dlm dunia yang semakin canggih ini,dan alhamdullilah juga,jika tampa belas kasih dari allah,maka ditunjukkan kita kebenaran,dan itu memberi kita tahu bahawa allah masih menyanyangi kita waktu didunia lagi.mudah mudahan kita semua akan merasa insaf atas perbuatan yang bukan saja mendatangkan aib bagi kita,malah seluruh keluarga juga mendapat malu.untuk pengetahuan puan sya sendiri hidup sebatang kara,tidak ada yang mahu bertanya apakah penderitaan yang saya lalui,walaupun bukan dari perbuatan jahat,tetap juga dipandang jahat oleh mereka mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.syabas sekali lagi atas tanggung jawap puan sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan,teruskan usaha yang murni ini agar terus diberkati dan direstui allah.amin.sekian dari saya:taruna14.jef699@yahoo.com
By TARUNA14, at 8:54 PM
salam.saya ingin tahu apakah di pusat perlindungan raudatus sakinah terdapat latihan kemahiran kepada remaja-remaja yang hamil ini.dan, apakah kepentingan latihan kemahiran ini kepada mereka.
By mizrah, at 7:12 AM
assalamualaikum puan...
saya azy...saya ingin bertanya adakah raudhatus sakinah masih beroperasi? saya cuba mencari maklumat berkenaan pusat ini tapi tidak berjaya...
saya harap puan dapat memberi maklumat berkenaan pusat berkenaan termasuk alamat dan no.telefon..terima kasih
By Ozaimas_Robotic, at 5:05 AM
salam
saya ingin mencari PN MUNIRAH ALMUBARAK yang mejadi pengurus RS kelantan pd tahun 2005...harap dapat berjumpa ummi.
By emma_maria05, at 1:05 AM
saya ingin bertanya, bagaimanakah saya boleh menghubungi raudatus sakinah... saya mempunyai seorang adik ipar yang telah hamil luar nikah hasil hubungan dengan bekasa kekasihnya. kini usai kandungan itu telah pun 10 minggu 5 hari... saya risau adik ipar saya akan bertindak mengikiut perasaan. keluarga beliau masih belum mengetahui rahsia ini kecuali saya..bagaimana saya dapat bantu beliau????
By miss su, at 9:00 PM
saya mempunyai anak remaja berumur 19 tahun saya tidak dpt mengawal pergaulannya bersama rakan2 yg tidak berkerja. Mereka selalu melepak di siber kafe dan komplek. Puas sudah memujuk utk meneruskan pelajaran tapi x mahu belajar lagi. Setiap hari keluar petang balik kul 4 pagi tlg saya menangani masaalah ini
By Anonymous, at 1:11 PM
assalammualaikum pn yusnani,saya ingin tahu apakah di pusat perlindungan raudatus sakinah ini membenarkan bayi yang di kandung remaja ini diambil menjadi anak angkat kepada pasangan berkahwin yang tidak mempunyai anak?
sekiranya boleh, bagaimanakah sy dapat menghubungi pusat ini untuk pertanyaan lanjut?
By sha, at 4:30 AM
Assalamualaikum Pn. Yusnani, saya ingin bertanya adakah pusat perlindungan Raudatus Sakinah ni membenarkan bayi2 remaja yg berada dipusat perlindungan ini untuk dijadikan anak angkat jika boleh apakah syarat2 yg diperlukan atau cara utk saya hubungi pihak Pn, Yusnani. Untuk pengetahuan Puan saya Nurlaila di Miri Sarawak....
By Manja Nur Hakim, at 12:59 AM
assalamualaikum...saya ingin mengetahui bagaimana saya boleh dapatkan no. telefon raudatus sakinah ini...em..saya hanya ingin bantu kawan baik saya yg sudh trlanjur dengan teman lelakinya...saya harap puan dapt bntu saya....saya sangat kesian melihat kawan saya yang tertekan sekarang dengan masalah yang dihadapi oleh nya....
By cik atin ler...., at 8:09 PM
assalamualaikum..saya ingin membuat pertanyaan untuk proses mengambil anak angkat di raudatus sakinah.terima kasih
By Unknown, at 10:50 PM
asalam....mcm mana cara nak hubungi ye..sy ada anak saudara yg umur 17 tahun skrg sudah hamil 7 bulan..jangkaan bersalin pada 2/9 nti....sy perlu segera selamatkan nya...tlg beri cara utk sy hubungi pihak RS
By white tulips, at 1:44 AM
saya sangat berminat untuk mengambil bayi di rumah raudhatus sakinah ini sebagai anak angkat. Saya akan menjaganye dengan penuh kasih sayang.. Sudah hampir 4 tahun perkahwinan saya tanpa kasih sayang anak... saya memang nak kan anak.... bantulah saya...
By ask82, at 10:06 PM
askm... saya amat-amat berminat untuk mengambil bayi dari rumah raudatus sakinah sebagai anak angkat... saya sudah berkahwin hampir 4 tahun... tidak mempunyai anak... saya sgt2 inginkan seorg anak untuk berkongsi kasih sayang saya dan suami... bantulah saya...
By ask82, at 10:08 PM
Bantulah saya ....
By ask82, at 10:12 PM
Assalmualaikum saya mcri bby x sah taraf @sah taraf utk d jdkan ank angkat. InsyaAllah sy jg seperti anak sendr dan didikan agama. Sesiapa yg sudi sila sms/whatsapp/call sy dÂ
0199390960
By Unknown, at 9:20 AM
saya mencari anak angkat. tidak kira status anak tersebut. kami suami isteri bekerja tetap kerajaan. insyaallah boleh menjaga anak tersebut dgn baik. hubungi sy
0176054413
By ~m.a.s.r.i.z.a.l~, at 8:12 AM
Assalamualaikum..
Saya sedang mencari anak angkat tanpa mengira status anak. Tapi saya harap anak tersebut masih bayi supaya saya dapat menyusukan bayi tersebut. Saya telah berkahwin selama 9 tahun namun masih belum mempunyai zuriat. Jika ada ibu yang ingin menyerahkan anak untuk dijadikan anak angkat saya boleh hubungi saya ditalian 019-2666832 (Azura).
Ishaallah saya akan jaga bayi tersebut dengan baik.
By fazuradura, at 11:10 PM
assalam..sya jas...sudah berkahwin..sya mencari anak angkat..hubungi sya 0137808384
By hamba ALLAH, at 11:00 PM
assalam...sya izrin...sya sedang mencari anak angkat segala keperluan boleh sya sediakn..hubungi sya 0186660754...sya sudah berkahwin
By hamba ALLAH, at 2:00 AM
Assalamualaikum admin.....Sy sedang mencari bby utk dijadikan ank angkt.....x kisah Bby boy@ girl,sah taraf atau tidak....Sy sedia terima..
Sy dh kawin 5 tahun...tggl kt kedah.bkerja di rumah sbg tailor,umur 28.
Suami kja government,umur 30.
Boleh cll @ wassap no sy 019-4277491
By Unknown, at 8:58 PM
Assalamualaikum admin.....Sy sedang mencari bby utk dijadikan ank angkt.....x kisah Bby boy@ girl,sah taraf atau tidak....Sy sedia terima..
Sy dh kawin 5 tahun...tggl kt kedah.bkerja di rumah sbg tailor,umur 28.
Suami kja government,umur 30.
Boleh cll @ wassap no sy 019-4277491
By Unknown, at 8:59 PM
Assalamualaikum admin.....Sy sedang mencari bby utk dijadikan ank angkt.....x kisah Bby boy@ girl,sah taraf atau tidak....Sy sedia terima..
Sy dh kawin 5 tahun...tggl kt kedah.bkerja di rumah sbg tailor,umur 28.
Suami kja government,umur 30.
Boleh cll @ wassap no sy 019-4277491
By Unknown, at 8:59 PM
Mencari anak angkat tak kira lelaki atau perempuan samada sah taraf atau tidak. Hubungi saya Maz 0195072034. Lokasi Ampang KL.
By Unknown, at 12:56 PM
Mencari anak angkat tak kira lelaki atau perempuan samada sah taraf atau tidak. Hubungi saya Maz 0195072034. Lokasi Ampang KL.
By Unknown, at 12:56 PM
This comment has been removed by the author.
By Unknown, at 3:31 AM
salam,sy mencari anak angkat.sekiranya ad hubungi sy 0195109645
By Unknown, at 3:32 AM
assalam/...sya mencari anak angkat..sya sudah berkahwin..boleh hubungi saya 0127665055
By hamba ALLAH, at 1:28 AM
Assalam. Sy mncari ank angkt xkisah jantina..sy serius ingnkn ank angkt..blh hbungi sy 0179278972
By Unknown, at 5:49 AM
Assalamualaikum Puan. Saya sedang mencari anak untuk dijadikan anak. Saya telah pun berkahwin dan selama 10 masih tiada rezeki lagi. Besar harapan saya sekiranya saya diberi peluang. Sila hubungi saya ditalian 011-26129602 attn : Lina.
Tkasih
By erin, at 3:39 PM
Post a Comment
<< Home