Laman Rabu - WADAH WANITA ISLAM

Thursday, January 29, 2004

Kajian teliti kupas masalah penjenayah

Oleh Nor Affizar Ibrahim

KEJADIAN rogol dan pembunuhan kejam terhadap dua kanak-kanak sekolah tidak berdosa dalam tempoh tiga minggu pertama 2004, mengundang banyak persoalan dan tanda tanya.
Masyarakat marah dan bingung memikirkan bagaimana orang dewasa sanggup bertindak sebegitu kejam terhadap mereka yang jauh lemah dan tidak berupaya. Rentetan peristiwa sedih itu banyak reaksi umum menuntut agar penjenayah terbabit dikenakan hukuman berat setimpal perbuatan kejamnya. Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM), Dr Harlina Harliza Siraj, berkata reaksi marah masyarakat umum yang meluap-luap jelas menunjukkan, satu pendekatan jauh lebih berkesan dan mantap daripada sistem sedia ada diperlukan bagi membendung gejala itu daripada terus menghantui kehidupan rakyat di Malaysia. Bagaimanapun, beliau berkata, wanita JIM berpendapat hukuman berat saja belum cukup untuk membendung masalah itu. Ini berikutan, penjenayah terbabit adalah di kalangan mereka yang mempunyai rekod jenayah atau masalah sosial seperti ketagihan dadah yang kronik. “Golongan yang sering dianggap ‘sampah masyarakat’ itu sebenarnya mereka yang tidak berjaya menangani kemelut serta konflik kehidupan yang semakin mencabar hari ini. Selain itu, kita terpaksa menerima hakikat bahawa sebahagian besar mereka yang terbabit dalam keganasan dan jenayah adalah lelaki,” katanya, ketika ditemui di Kompleks JIM di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dr Harlina menegaskan, sudah tiba masanya masyarakat menumpukan persoalan mengapa lelaki sering menggunakan kekerasan dan keganasan yang menderitakan orang lain; wanita serta kanak-kanak. Katanya, bagi mencapai matlamat itu wanita JIM menyarankan diadakan kajian saintifik terhadap penjenayah rogol dan bunuh untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai personaliti, sikap, pengetahuan dan mekanisme kawalan diri dalam mengatasi masalah. Begitu juga latar belakang keluarga dan rumah tangga serta hubungan sosial mereka juga amat perlu dikaji, untuk menggambarkan faktor yang mencetuskan tindakan kejam. Selain itu, Dr Harlina turut menyarankan masyarakat dididik dengan fakta tepat mengenai kaitan antara jenayah rogol dengan tingkah laku dan hubungan silang gender yang menjadi norma masyarakat. “Kaedah pencegahan jenayah seks juga harus memberikan fokus kepada usaha mengubah beberapa sikap dan tingkah laku lelaki dan wanita dalam masyarakat. Hubungan antara gender haruslah berlandaskan sifat saling menghormati, melengkapi dan membantu. “Di samping itu, masyarakat mesti mengikis tanggapan bahawa lelaki mesti sentiasa menunjukkan dominasi terhadap wanita dan sering kali diterjemahkan dalam tingkah laku bercirikan keganasan. Tanggapan bahawa wanita mestilah sentiasa menepati ciri-ciri kewanitaan yang menawan dan menghasilkan satu daya tarikan seks atau sering dianggap sebagai objek seks juga perlu dikikis,” katanya. Beliau turut menekankan bahawa analogi wanita sebagai pakaian untuk lelaki dan sebaliknya (surah al-Baqarah ayat 187) atau sebagai tempat bercucuk tanam (surah al-Baqarah ayat 223) haruslah dilihat dalam konteks kebijaksanaan Allah dalam menerangkan sikap dan tanggapan yang kemudiannya, menghasilkan satu hubungan intim, penuh kasih sayang dan lengkap melengkapi. “Wanita harus mampu melihat diri mereka sebagai pasangan hidup lelaki yang sepatutnya berperanan memastikan kesejahteraan hidup satu sama lain. Malahan, tidak keterlaluan jika konteks berpasangan itu dilihat dari sudut pandangan yang lebih jauh dan meluas, iaitu menjadi rakan kongsi dalam semua urusan kehidupan. Bukan hanya dalam rumah tangga tetapi juga dalam organisasi dan masyarakat,” katanya. Dr Harlina berkata, bagi mewujudkan masyarakat sejahtera, pendekatan gerakan maskulinisme yang dibangkitkan pergerakan Evolusi Maskulinis New Zealand menerusi laman web Menz.org.nz juga seharusnya diberi perhatian. Pergerakan itu mendefinisikan maskulinisme sebagai; * Rangkai kerja mesra lelaki bagi memahami permasalahan sosial. * Kepercayaan bahawa persamaan taraf antara jantina memerlukan pengiktirafan dan penilaian semula mengenai prejudis dan diskriminasi terhadap lelaki dan wanita. * Perspektif yang bersifat melengkapi dan bukannya bertentangan dengan feminisme. Menjelaskan lebih lanjut gerakan ‘maskulinisme’ itu, beliau turut memetik kenyataan buku karya Kamla Bhasin, aktivis dari New Delhi yang bertajuk, “Exploring Masculinity’. Antara lain, buku itu memberikan satu perspektif yang wajar diambilkira masyarakat, apabila membincangkan persoalan mengenai gejala itu. “Di dalam buku itu, Kamla menulis bahawa lelaki harus memahami bagaimana kelelakian (masculinity) berhubung kait dengan tingkah laku berisiko terutamanya dalam konteks HIV/AIDS, penagihan dadah dan alkohol serta aktiviti berisiko tinggi. Aktiviti itu bukan hanya membahayakan lelaki yang terbabit malah, ramai lagi terutama wanita,” katanya. Dr Harlina berkata, di dalam buku itu juga menyatakan, walaupun kita sering memperkatakan mengenai wanita yang sering menjadi mangsa keganasan lelaki, kita belum memberikan perhatian sewajarnya kepada sebab musabab mengapa lelaki sering kali menjadi agresif. Ini merangkumi, keganasan yang selalu tercetus di stadium bola sepak atau di penjuru jalan, membunuh dan membakar harta benda begitu saja, sanggup memperkosa wanita kanak-kanak perempuan dan wanita, mengasari isteri serta sebagainya. Katanya, di dalam buku itu, Kamla turut berkata bagaimana pentingnya kita meneliti kesan patriaki (patriachy) terhadap wanita, begitulah juga pentingnya kita mengkaji kesan maskuliniti itu terhadap minda, imaginasi, psikik (psyches) dan tingkah laku lelaki. “Pandangan aktivisme itu harus diberi perhatian. Maskuliniti adalah imej cermin kepada feminiti. Dalam kita sama-sama membangun dan mengislahkan masyarakat, lelaki dan wanita semestinya mampu dan rela memikul tanggungjawab yang seimbang. “Kebanyakan permasalahan dan keruntuhan sosial dalam era globalisasi ini berpunca daripada kegagalan manusia mengatur urusan hidup di tengah kemelut arus deras pembangunan fizikal yang tidak diimbangi dengan peningkatan nilai murni insaniah,” kata Dr Harlina.

5 Comments:

  • Sistem pendidikan kita memang memberi advantage kepada wanita disebabkan sifat "kefeminisme" mereka. Dari bangku tadika hinggalah ke kerusi plastik di kelas sekolah menengah, pihak lelaki mengalami "tekanan kemaskulinitinya" hingga menyebabkan keciciran itu. Melainkan beberapa "portion" lelaki yang bertuah memiliki sedikit sifat " feminisme" di dalam jiwa raganya sahaja (kebanyakan ikhwah JIM ) yang mampu bertahan setanding wanita hingga ke universiti dan menerajui tampuk pimpinan organisasi akademik. Lelaki tulin (maskulinitinya yang memang kulin). tinggallah mengisi penjuru kerusi dan meja di sekolah teknik dan vokasional.

    Untuk menuntut supaya pulang awal ingin bersama keluarga daripada majikan, dibimbangi menyerupai wanita dan di cop sebagai tidak "maskulin".

    Poin ana ialah, memahami sifat feminisme dan maskulinsme adalah agenda utama agar kedua isme ini boleh "compatible" dalam mengharungi arus kehidupan dengan lancar dan berkesan.

    wassalam
    Pak Utih

    By Blogger Wanita JIM Mekar Ceria, at 3:58 AM  

  • Benda baru memang macam tu dulu. Har pun belum fasihhh juga. Cuma macam nilah agaknya cara paling mudah nak terangkan `maskulinisme' ni .

    Wanita dari dulu sedar mereka kena struggle utk mendapatkan hak dan perhatian. Bila wanita ditindas, mereka bangun cuba memperbaiki keadaan melalui gerakan `feminisme' - ada dua gelombang kalau ikut sejarahnya. Apapun, wanita menilai permasalahan yang menimpa mereka dari kaca mata WANITA dan mula buat banyak demand - persamaan taraf utk pendidikan, peluang bekerja, membuat keputusan - hak mengundi etc.ITU FEMINISME.

    Maskulinisme - gerakan menuntut hak lelaki - utk. hidup sebagai manusia biasa yang juga lemah dan ada keterbatasan. Bukannya terperangkap dalam dunia yang `meletakkan' terlalu banyak expectation hingga ada yang gagal dan kecundang, kemudian memilih jalan yang salah utk. menangani kegagalan mereka - perbuatan risiko tinggi - dadah, alkohol dan keganasan. Gerakan maskulinisme akan demand masyarakat membantu lelaki memenuhi fungsinya secara efektif. Mahu masyarakat mengubah sistem pendidikan yang tidak menggunakan pendekatan yang sesuai dgn jiwa dan naluri lelaki, hingga menyebabkan lelaki banyak keciciran. Demand majikan tidak mengerahkan mereka bekerja dalam j.masa yang panjang hingga tiada peluang bersama-sama keluarga. Dgn kata lain, mahu kaum lelaki sendiri selongkar punca akar umbi masalah yang ada, dedahkan, cari jalan-jalan penyelesaian dan akhir sekali DEMAND umum utk. hormati permintaan kaum lelaki.

    Wallahu a'lam. Kalau penerangan ini lebih mengelirukan lagi, mohon sesangat lah maaf!

    Dr.Har

    By Blogger Wanita JIM Mekar Ceria, at 3:59 AM  

  • Pagi ini di BH…dalam ruangan Wanita & Keluarga – Pemberita ada menelefon WJIM mengatakan WJIM was the first to mention this issue in order to curb violents against women…. Any takers from brothers out there???. Penulisan penulisan yang menerangkan lebih jelas mengenai maskulinity dari perpekstif Islam..ini…perlu di sebarluaskan…k-endok pun belum ‘fasihhhh!!! Lagi mengenai tajuk ini…kena hadham dulu sebelum jawab bila orang tanya. Namun bila anak ditanya apa itu masculinity…dia orang jawab:” yang body nya macam body builder tu ke mama???

    Wassalam

    k-endok

    By Blogger Wanita JIM Mekar Ceria, at 4:00 AM  

  • Dibawah ini disertakan senarai yg membezakan kedua isme itu.. ada rujukan di bawahnya. Saya hampir-hampir bersetuju dengannya.

    Key differences between feminine and masculine societies.

    I: general norm, family, school, and workplace



    Feminine

    Dominant values in society are caring for others and preservation

    People and warm relationships are important

    Everybody is supposed to be modest

    Both men and women are allowed to be tender and to be concerned with relationships

    In the family, both fathers and mothers deal with facts and feelings

    Both bys and girls are allowed to cry but neither should fight

    Sympathy for the weak

    Average student is the norm

    Failing in school is a minor accident

    Friendliness in teachers appreciated

    Boys and girls study same subjects

    Work in order to live

    Managers use intuition and strive for consensus

    Stress on equality, solidarity, and quality of work life

    Resolution of conflicts by compromise and negotiation



    Masculine

    Dominant values in society are material success and progress

    Money and things are important

    Men are supposed to be assertive, ambitious, and tough

    Women are supposed to be tender and to take care of relationships

    In the family, fathers deal with facts and mothers with feelings

    Girls cry, boys don’t; boys should fight back when attacked, girls shouldn’t fight

    Sympathy for the strong

    Best student is the norm

    Failing in school is a disaster

    Brilliance in teachers appreciated

    Boys and girls study different subjects

    Live in order to work

    Managers expected to be decisive and assertive

    Stress on equity, competition among colleagues, and performance

    Resolution of conflicts by fighting them out



    Hofstede, G. (1991). Cultures and

    Organizations. New York: McGraw

    Hill, p. 96.



    wassalam

    Pak Utih

    By Blogger Wanita JIM Mekar Ceria, at 4:02 AM  

  • Ad-Din the fundamentals.....
    1. Apakah peranan manusia diturunkan keduniawi?
    2. Apakah peranan lelaki didunia?
    3. Apakah peranan wanita didunia?
    (langit..bumi..dijadikan......)
    Tiga soalan diatas perlu dijawab dengan keyakinan dan keikhlasan. Bila soalan fundamental tersebut terjawab kita boleh hidup aman damai. Insyallah. (Sirratul Mustakim......)

    By Blogger obakh, at 12:55 AM  

Post a Comment

<< Home