Laman Rabu - WADAH WANITA ISLAM

Wednesday, September 29, 2004

Syaaban bulan qada puasa, muhasabah diri.

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir.

CUMA lebih kurang dua minggu saja lagi kita akan meninggalkanSyaaban menuju Ramadan.Terasa baru sangat kita meraikan Syaaban, malahan secara adatnyabulan ini sering dikaitkan dengan dengan malam ke-15 iaitu malamNisfu Syaaban.Pada malam itu, amalan membaca tiga kali surah Yassin kedengaran dimasjid, surau dan rumah.Amalan ini masih diteruskan hingga hari ini walaupun tiada nas sahihmenyatakannya.Maka mengambil Nisfu Syaaban sebagai satu hari yang istimewa dandikaitkan dengan amalan tertentu adalah tidak disyariatkan olehAllah. Lantas apa sebenarnya yang disyariatkan dalam bulan Syaaban?Antara perkara yang disyariatkan pada bulan Syaaban ialahmenjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini.Syaaban adalah bulan melangsai hutang. Jadi apabila masuk saja bulanini, perlulah kita mengingati hutang lama yang belum langsaiterutama bagi golongan Hawa.Apakah hutang itu? Syaaban adalah bulan qada puasa bagi sesetengahkita terutama wanita. Wajib qada puasa Ramadan yang lalu dan kitatidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya jika tidak adahalangan.Jika tidak menggantikannya, wajib baginya bertaubat atas kelalaianitu dan dia tetap diwajibkan menggantikan puasa berkenaan, malahanditambah membayar kafarat setiap hari yang ditinggalkan denganmemberikan beras kepada orang miskin.Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapisudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini.Malah ada yang lebih teruk, puasa yang ditinggalkan itu tidakdigantikan kerana terlupa dan tidak sempat hendak diganti. Itulahalasan yang digunakan hari ini.Firman Allah bermaksud: "Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalaidaripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123).Namun kita masih belum terlambat untuk memperbaiki prestasi. Makaapabila sampai Nisfu Syaaban, ia patut dijadikan satu penanda jalanbagi kita untuk mengingat kembali hutang lama itu.Kita masih ada masa untuk menggantikan mana mana puasa yangtertinggal pada Ramadan lalu.Kita disunatkan untuk memperbanyakkan amalan puasa pada sepanjangSyaaban bukan hanya memperbanyakkan amal di Nisfu Syaaban sajakerana Rasulullah dulu selalu melakukannya.Dalam kitab As-Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim) ada hadis yangdiriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata: "Aku belum pernah melihatRasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali padabulan Ramadan, dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkanpuasa dalam satu bulan kecuali pada bulan Syaaban".Hikmah diperintahkan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaabanantaranya ialah sebagai persediaan mental dan fizikal untuk melatihdiri membiasakan berpuasa di bulan Ramadan.Sudahkah kita memperbaiki diri sendiri untuk menghadapi Ramadan akandatang? Syaaban satu bulan yang mengandungi rahmat, bulanpengampunan dan balasan pahala yang tinggi.Bulan ini Syaaban juga yang dikenali sebagai bulan muhasabah diri.Muhasabah diri yakni memperbaiki dan melihat kembali watak dirisendiri.Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yangsemakin runcing dan menjadi amalan sebahagian daripada kita, umatIslam masa kini.Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baikseperti ikhlas, reda dan sedekah.Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat tetapi masih tidakmemperbaiki sifat ikhlas dan reda.Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Seringberpuasa tetapi turut melihat perkara yang 'syubhah'. Setiap tahunkita mengerjakan haji untuk memperlihatkan dirinya mampu dansebagainya.Muhasabah diri kita sebelum Ramadan al-Mubarak. Bandingkan diridengan saudara kita di seluruh dunia yang kurang kemampuan sepertidi Afghanistan, Palestin, Iraq dan Kashmir.Hidup kita di sini penuh dengan nikmat dan keamanan jikadibandingkan dengan mereka.Firman Allah bermaksud: "dan orang yang sabar dalam kesempitan,penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar(imannya); dan mereka itulah orang yang bertaqwa". (Surah Al-Baqarah, ayat 177).Sementara itu, ada juga beberapa perkara yang tidak disyariatkan.Antaranya ialah mengkhususkan hari dan malam Nisfu Syaaban denganmelakukan puasa dan solat pada hari itu saja.Semua perbuatan itu tidak ada riwayat yang sahih daripadaRasulullah, juga tidak daripada sahabatnya.Hal itu adalah perkara yang diada-adakan. Ada hadis yangdiriwayatkan oleh Ibnu Majah mengenai hal ini, katanya: "Jika datangmalam Nisfu Syaaban maka beribadatlah pada malam harinya danberpuasa pada siang harinya, sesungguhnya Allah Taala turun padahari itu saat matahari terbenam di langit dunia serayaberfirman: "Siapa yang meminta ampun akan Aku ampuni, siapa yangminta rezeki akan Aku beri rezeki, siapa yang sakit akan Akusembuhkan".Penulis boleh dihubungi di e-mel http://groups.yahoo.com/group/NaqibNet-Diskusi/post?postID=WnhI7lp0JPqNPr9QGuklZERdBS0odu1uE7UgMbINmXWsEDnBG9fnL1Vlz_6-bxaLTasa0tB5leapmagaxxM, Jawapanterhadap masalah yang berkaitan boleh dilihat diwww.wanitajimceria.blogspot.com

Wednesday, September 22, 2004

Petunjuk suami, isteri nikmati rumah tangga bahagia

Oleh Prof Madya Maznah Daud.

BEBERAPA perangkaan terkini menunjukkan ramai wanita berkerjaya danprofesional lebih suka memilih untuk hidup sendirian. Trend ini, amatmembimbangkan jika tidak diambil perhatian. Kempen kesedaran untukmenggalakkan wanita solo mendirikan rumah tangga perlu dilakukanbersungguh-sungguh dari sekarang.Setiap makhluk dijadikan Allah berpasang-pasangan. Perkara ini sepertifirman-Nya yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakanmakhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada daripada yang ditumbuhkanbumi, atau daripada diri mereka sendiri, atau daripada apa yang mereka tidakmengetahuinya.” (Surah Yassin, ayat 36) Justeru, kaum lelaki tidak bolehhidup tanpa wanita dan wanita tidak boleh hidup tanpa lelaki. Kedua-duanyasaling memerlukan antara satu sama lain.Untuk memenuhi keperluan ini, Allah mensyariatkan perkahwinan.Perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan biologiterhadap satu sama lain, malah satu daripada tanda kekuasaan dan kebesaranAllah Yang Maha Esa (lihat surah ar-Rum, ayat 21). Iaitu kekuasaan-Nyamenyatukan dua makhluk yang berlainan jantina serta mempertautkan hatikedua-duanya dengan ikatan kasih mesra yang amat mendalam.Kedua-duanya diibaratkan seperti pakaian isteri adalah pakaian bagi suamidan suami pula pakaian untuk isteri.Firman Allah bermaksud : “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagikamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah, ayat187)Pakaian adalah sesuatu yang paling hampir dengan diri setiap insan, jugasesuatu yang diperlukannya setiap masa. Pakaian juga berperanan melindungimanusia daripada bahaya kepanasan dan kesejukan, di samping menutupi keaibanatau sesuatu yang tidak elok dipandang orang.Maka, suami baik ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya dariperkara berbahaya atau memudaratkannya. Suami ialah ketua keluarga yangbertanggungjawab memastikan isterinya memperoleh keperluan hidup sepertitempat tinggal, makanan dan pakaian yang secukupnya. Suami juga hendaklahmembimbingnya agar selamat daripada api neraka.Firman Allah bermaksud: “Kaum lelaki itu ialah pemimpin dan pengawal yangbertanggunjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah melebihkansebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan juga kerana orang lelakitelah memberi nafkah daripada harta mereka...” (Surah an-Nisa, ayat 34)Dan firman-Nya lagi bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diridan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya dari manusiadan batu...” (Surah at-Tahrim, ayat 6)Sebagai ketua, suami diperintahkan supaya melayan dan menggauli isterinyadengan cara baik seperti dalam firman Allah bermaksud: “Dan bergaullah kamudengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik...” (Surahan-Nisa, ayat 19)Menurut Ibn Kathir, ayat ini membawa maksud suami wajib bercakap denganisteri dengan tutur kata yang elok dan sentiasa berkelakuan baik. Begitujuga menjaga penampilan diri agar kemas dan menarik seperti dia suka melihatisterinya sentiasa bersih, cantik, taat dan bersopan santun.Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, dalam tafsir al-Manar pula menambah bahawamengurangkan pemberian nafkah daripada sepatutnya serta menyakiti isteridengan kata-kata atau perbuatan, selalu masam dan mengerutkan muka ketikaberhadapan dengannya, semua itu berlawanan dengan perintah supaya bergauldengan cara yang baik.Suami bertanggungjawab memenuhi keperluan fizikal dengan menyediakanmakanan, pakaian dan tempat tinggal serta keperluan kerohanian dengandidikan agama, keperluan emosi dengan kata-kata yang indah serta layananyang mesra.Suami juga bertanggungjawab memenuhi keperluan seksual atau seringdiistilahkan sebagai nafkah batin isterinya.Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata kepada Abdullah bin ‘Amrubin Al-’As: “Wahai Abdullah! Aku diberitahu bahawa engkau berpuasa padasiang hari dan bersembahyang sepanjang malam. Betulkah begitu? Abdullahmenjawab: “Betul ya Rasulullah.”Maka, Rasulullah berkata kepadanya: “Jangan lakukan begitu. Puasa danberbukalah. Bangun dan tidurlah. Sesungguhnya jasad kamu ada hak, mata kamuada hak dan isteri kamu ada hak ke atas kamu.”Dalam hal ini, Imam Al-Qurtubi berkata: “Suami hendaklah mengambil tahu bilaisterinya mempunyai keinginan, maka wajib baginya memenuhi keinginan danmenyelamatkannya daripada mengingini lelaki lain.Jika dia lemah dan kurang mampu melaksanakan kewajipannya di tempat tidur,hendaklah dia mengambil ubat bagi menguatkan syahwatnya demi memeliharakesucian isterinya.” (Tafsir Al-Qurtubi, jil 3, muka 124)Pandangan ini dengan sendirinya menolak anggapan sesetengah pihak yangmengatakan wanita adalah objek seks atau pemuas nafsu kaum lelakisemata-mata. Islam mengiktiraf wanita juga dibekalkan dengan keinginansemula jadi yang tidak harus diabaikan.Malah, apa yang dilakukan oleh seorang suami untuk memenuhi tuntutan seksualisterinya dikira ibadat.Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Dan pada alat kelamin kamuitu ada sedekah.” Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah jika salahseorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya dia mendapat pahala?”Baginda menjawab: “Bukankah dia mendapat dosa jika dilepaskan syahwatnya itudengan cara yang haram?“Maka jika dia melepaskan syahwatnya dengan cara yang halal dia akanmendapat pahala.” (Hadis riwayat Muslim)Oleh itu, dalam memberikan nafkah batin kepada isteri, suami tidak harusmementingkan kepuasan dirinya semata-mata. Malah, kepuasan isteri juga mestidiambil kira.Sebab itulah Rasulullah melarang melakukan azal terhadap isteri kecualidengan izinnya. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Ibn Majah daripada Umar binAl-Khattab)Sehubungan itu, fuqahak mengatakan: “Suami harus menggauli isterinya padabila-bila masa, selama tidak mengganggunya (isteri) menunaikan perkara yangwajib atau boleh mendatangkan mudarat kepadanya. Jika membawa mudarat, tiadahak bagi suami menggaulinya kerana itu tidak termasuk dalam pergaulan yangbaik.” (Kasyful-Qanna’, jil 3, muka 111)Jika suami baik itu ialah yang menyayangi serta melindungi isterinya, makaisteri yang baik pula dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Makaperempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat, dan yang memelihara(kehormatan dirinya dan apa juga yang yang wajib dipelihara) ketika suamitidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya...”(Surah an-Nisaa, ayat 34)Ciri utama yang mesti dimiliki oleh isteri yang baik ialah taat, layananbaik sama ada dengan perbuatan dan tutur kata.Nas di bawah menunjukkan betapa besarnya kewajipan isteri dalam mentaatisuami.Antaranya sabda Rasulullah bermaksud: “Seandainya aku boleh memerintahkanseseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan memerintahkanwanita sujud kepada suami mereka dengan sebab besarnya hak suami yangdiletakkan Allah ke atas mereka.” (Hadis riwayat Abu Daud)Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: “Mana-mana perempuan yangtidur pada malam hari, sedangkan suaminya reda terhadapnya, dia masuksyurga.” (Hadis riwayat at-Tirmizi daripada Ummu Salamah)Dengan terlaksananya hak serta tanggungjawab terhadap satu sama lain, akanterbina keluarga bahagia dan rumah tangga sejahtera.PENULIS ialah pensyarah di Universiti Teknologi Mara dan boleh dihubungipada e-mel, wanitajim0@... dan jawapan kepada permasalahan bolehdibaca di www.wanitajimceria.blogspot.com

Wednesday, September 15, 2004

Komunikasi, hormati hak kunci perkahwinan bahagia

Oleh Prof Madya Dr Najibah Mohd Zain
INSTITUSI perkahwinan penting ke arah pembentukan sebuah masyarakatsempurna kerana ia berjalan di atas landasan atau sistem yangdigariskan oleh Allah sesuai dengan fitrah manusia.Allah berfirman bermaksud: “Dan antara tanda kekuasaan-Nyaialah Dia menciptakan untukmu suami isteri daripada jeniskamu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteramkepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang.” (Surah ar-Rum,ayat 21)Perkahwinan dan dijadikan lelaki serta wanita untuk mencari keredaandaripada Allah dan menambahkan ketakwaan insan. Perkara ini dijelaskandalam firman-Nya bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kamukepada Tuhan yang menjadikan kamu daripada yang satu dan yang menjadikanisterinya dan juga membiakkan daripada kedua-dua zuriat keturunan lelakidan wanita yang ramai.” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)Ayat di atas menjelaskan mereka yang berada di alam perkahwinanhendaklah berusaha mewujudkan suasana harmoni dan kasih sayangserta saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.Contohnya, jika isteri mengidam untuk memakan sesuatu yangtidak mustahil untuk dipenuhi, perlulah suami memenuhi tuntutanitu demi menyatakan kasih sayangnya terhadap isteri.Mereka akan mendapat rahmat Allah dengan keikhlasan untukmencari keredaan dan takwa Allah.Perkahwinan dalam Islam mesti dilandaskan atas dasar itu, demihubungan yang berkekalan dan melahirkan zuriat bagi menyambungamal soleh walaupun selepas ibu bapa meninggalkan dunia ini.Penyempurnaan ikatan ini akan membawa kepada kewajipan untukmenunaikan hak dan tanggungjawab sebagai suami isteri yangdiamanahkan oleh Allah, di samping memenuhi tuntutan rohani dan jasmani.Sesungguhnya rumah tangga bahagia tidak akan terlaksana jikakedua-dua pihak tidak dapat memahami dan menunaikan tanggungjawabmasing-masing.Perkara ini kerana ia bukan saja hubungan jiwa antara suami isteri,malah membabitkan hubungan serta ketaatan kepada Allah.Untuk memenuhi matlamat itu, al-Quran dan hadis menggariskanbeberapa hak dan tanggungjawab yang mesti dipenuhi oleh pasanganyang mendirikan rumah tangga. Panduan itu supaya tidak timbulperbalahan serta perkelahian antara kedua-dua pihak dan seterusnyadapat mewujudkan persefahaman serta sifat toleransi.Allah berfirman bermaksud: “Dan golongan wanita mempunyai hak yangseimbang dengan kewajipannya menurut cara yang baik, akan tetapisuami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isteri.” (Surah al-Baqarah,ayat 228)Nas ini jelas menunjukkan bahawa isteri dan suami mempunyai persamaanhak dan tanggungjawab tanpa membezakan antara kedua-duanya.Ia adalah darjah peraturan kepemimpinan yang seharusnya dimiliki olehsuami dalam mengatur maslahat rumah tangga.Al-Quran mengehadkan tugas kepemimpinan ini kepada suami dan tidakkepada isteri demi kebaikan keluarga itu sendiri dan bukan untukmembezakan daripada sudut hak dan tanggungjawab.Dalam surah an-Nisaa’, ayat 34, Allah berfirman bermaksud: “Kaum lelakiitu adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagianmereka atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan sebahagiandaripada harta mereka.”Maksudnya adalah orang lelaki diberikan Allah kekuatan bersesuaiandengan tabiat kerja lelaki itu sendiri sebagai pencari rezeki danpentadbir rumah tangga. Tugas wanita pula ialah berusaha untukmembahagiakan suami serta menguruskan rumah tangga dan menguruskan anak.Al Mawardi menyebut isteri tidak perlu taat kepada suami jika suami gagaldalam melaksanakan tanggungjawabnya memberi nafkah.Ia adalah menjadi kesalahan dan dosa bagi suami yang melalaikantanggungjawab memberi nafkah.Meletakkan isteri dalam kesusahan adalah sesuatu yang dilarang sama sekalidalam Islam.Islam juga menggariskan cara pergaulan iaitu bergaul dengan cara baikwalaupundalam perkara yang dibenci dan berlaku adil.Allah berfirman bermaksud: “Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isterimu)dengan cara yang baik, kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka,(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahalAllah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisaa’, ayat 19)Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa suami harus memberi makan kepadaisteri jika dia makan dan memberi pakaian kepadanya seperti dia berpakaianserta tidak boleh memukulnya dan tidak boleh mengolok-olokkan dia dan tidakboleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri nusyuz).Saidina Umar Ibnu Al-Khattab berkata kepada seorang lelaki yang hendakmenjatuhkan talak kepada isterinya lantaran kebencian terhadapnya:“Celakalah engkau;adakah rumah tangga itu dibangunkan di atas cinta saja? Maka di manakahletaknya riayah dan tanggungjawab?”Rasulullah menerangkan bahawa sifat seorang isteri itu bagaimana dibencioleh suaminya, masih tetap mempunyai ciri kebaikan yang boleh dicintai olehsuaminya.Tidak wajar mengutamakan perkara yang dibenci melebihi perkara dicintai.Kalaulah suami berkahwin lebih daripada seorang, suami hendaklah berlakuadil terhadap semua isterinya seperti giliran bermalam bersama mereka danjuga adil daripada sudut pemberian nafkah.Bagaimanapun, tidak menjadi kesalahan mengasihi seorang isteri lebihdaripada yang lain sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan sekali-kalikamu tidak dapat berlaku adil antara isteri-isteri kamu walaupun kamusangatingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung(kepada yang kamu cintai) hingga kamu membiarkan yang lain terkapai-kapai”.(Surah an-Nisaa’, ayat 129).Pergaulan yang baik juga meliputi melakukan hubungan seksual antara suamidan isteri.Rasulullah mengingatkan sahabat dengan sabdanya yang bermaksud:“Janganlah antara kamu yang menyetubuhi isterinya dengan carayang dilakukan haiwan. Hendaklah antara kedua-duanya ada ‘pengantar’.“Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘pengantar’itu ya Rasululah? Baginda menjawab: ‘Ciuman dan percakapan’.” (Hadis riwayatal-Baihaqi)Islam mengharamkan persetubuhan melalui dubur (liwat),menyetubuhi isteri ketika haid dan nifas kerana membahayakankesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada tata susila rakyat.Jika peraturan yang digariskan Islam dipatuhi oleh pasanganberkenaan, terutama suami yang seharusnya memainkan peranan yangbesar dalam rumah tangga sebagai ketua keluarga, perkara sepertipersetubuhan paksa (marital rape) dan seumpamanya tidak timbul.Persetubuhan secara paksa tidak boleh dinamakan ‘rogol’ tetapi dinamakan‘penderaan seksual’. Perkara ini kerana apa juga bentuk kemudaratan yangmenimpa isteri disebabkan oleh tingkah laku suami, maka isteri bolehmengambil tindakan undang-undang seperti membuat tuntutan cerai ataufasakh dengan melaporkannya kepada polis dan pejabat kadi.Islam juga membenarkan isteri membuat tuntutan bayaran pampasandi atas kecederaan yang dialaminya atas penderaan yang dilakukanoleh suami walaupun disebabkan oleh persetubuhan.l PENULIS ialah pensyarah di Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,Universiti Islam AntarabangsaMalaysia dan boleh dihubungi pada e-mel, wanitajim0@...Jawapan terhadap sebarang persoalan boleh dilihat diwww.wanitajimceria.blogspot.com.my

Wednesday, September 08, 2004

Israk Mikraj perlihatkan ketegasan, keberanian Rasul

Sptember 2004


Oleh Prof Madya Maznah Daud SETIAP tahun menjelang 27 Rejab, umat Islam menyambutnya dengan mengulangi pengkisahan peristiwa Israk dan Mikraj dari awal hingga akhir tanpa bosan. Peristiwa yang sangat bermakna ini berlaku tidak lama sebelum hijrah. (Periwayat tidak sependapat dalam menentukan tahun berlakunya Israk dan Mikraj)
Israk bermaksud membawa Nabi Muhammad saw berjalan pada waktu malam dariMasjid Al-Haram di Makkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin. Mikraj pulabermakna perjalanan ke langit dari Masjid Al-Aqsa hingga ke SidratulMuntaha.Hikmah perjalanan ini diterangkan dalam al-Quran, ayat pertama surahal-Israk yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke MasjidAl-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkankepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allahjugalah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat."Hijrah adalah titik permulaan bagi Rasulullah memasuki fasa baru dalamgerakan dakwahnya. Fasa baru ini jauh lebih hebat dan besar tentangan sertacabarannya berbanding yang dilalui sebelumnya.Di Makkah, Rasulullah dan orang beriman hanya berdepan dengan kaum kerabatdari pelbagai puak dan suku bangsa Arab.Tentangan kebanyakannya berbentuk cemuhan, ejekan, tawar menawar danseumpamanya. Penderaan fizikal oleh sesetengah yang memeluk Islam adalahtindakan oleh ketua keluarga ke atas anak buahnya secara perseorangan.Mungkin tentangan paling besar yang dihadapi oleh Rasulullah dan kaumkerabatnya daripada kalangan Bani Hasyim dan Bani Al-Muttalib ialahkonspirasi memulau selama tiga tahun yang disepakati oleh kaum Musyrikin diMakkah.Cabaran itu adalah serangan ketenteraan dan peperangan bersenjata yang lebihsengit. Maka melalui peristiwa Israk dan Mikraj yang penuh dengantanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah, seolah-olah Allah hendak membinapersediaan kerohanian dan mental dalam diri Baginda.Demikian juga yang berlaku ke atas Nabi Musa ketika baginda diperintahkansupaya berhadapan dengan Firaun yang zalim. Baginda dianugerahkan beberapamukjizat besar sebagai persediaan yang terkandung dalam firman Allahbermaksud: "Dan apa (bendanya) yang di tanganmu itu wahai Musa? Musamenjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya ketika berjalan, danaku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku,dan ada lagi keperluanku yang lain pada tongkat itu."Allah berfirman bermaksud: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!" Lalubaginda mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ularyang bergerak menjalar. Allah berfirman bermaksud:"Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut. Kami akan mengembalikannyakepada keadaannya yang asal. Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu,nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat, sebagaisatu mukjizat yang lain. (Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendakmemperlihatkan kepadamu sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan kami yangbesar." (Surah Taha, ayat 17-23)Hikmah atau tujuan kedua-dua peristiwa besar ini ialah Allah mahumemperlihatkan kepada Rasulullah perkara yang diserukan kepada manusia agarmempercayainya.Baginda menyeru manusia agar beriman kepada Allah.Maka menurut sesetengah pendapat, Baginda melihat Allah ketika Mikrajnya.Baginda menyeru manusia agar beriman kepada rasul. Pada malam itu, Bagindaberkumpul dengan semua rasul dan bersembahyang dengan mereka serta bertemusebahagian mereka.Baginda juga menyeru manusia agar beriman dengan perkara ghaib. Dan padamalam itu, Baginda melihat perkara yang ghaib iaitu langit, syurga, neraka,malaikat, Baitul Makmur, Sidratul Muntaha dan sebagainya.Selain itu, perjalanan yang menakjubkan ini memberi gambaran kesatuan akidahyang dibawa oleh nabi sejak Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail hingga nabiterakhir, Muhammad.Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Aqsa adalah tempat suci bagi penganut agamaTauhid.Kedua-duanya dipertautkan dalam peristiwa penuh berkat ini. Ia secara tidaklangsung seolah-olah menobatkan Nabi Muhammad sebagai penerima warisantempat suci nabi sebelumnya.Secara kebetulan pula (pastinya termasuk dalam perancangan Allah Yang MahaBijaksana) pada tarikh sama iaitu 27 Rejab 583 Hijrah, Baitulmaqdis berjayadibebaskan oleh angkatan tentera Islam yang dipimpin oleh SolahuddinAl-Ayubi, setelah ditakluki tentera Salib selama lebih 90 tahun.Israk dan Mikraj juga memperlihatkan kepada kita ketegasan dan keberanianRasulullah dalam menyatakan kebenaran.Diriwayatkan bahawa pada malam berlakunya peristiwa bersejarah itu,Rasulullah tidur di rumah sepupu Baginda, Ummu Hani' dan pulang pada malamyang sama.Setelah pulang daripada pengembaraan yang luar biasa itu, Bagindamenceritakan apa yang dialaminya kepada Ummu Hani'. Kemudian Bagindabergegas mahu ke Masjid Al-Haram. Ummu Hani' cuba menahannya sambil memegangbaju Baginda. Dia berkata: "Aku takut kaummu akan mendustakanmu jika engkauceritakan kepada mereka!"Baginda menjawab dengan tegas: "Sekalipun mereka mendustakan, pasti akankuceritakan juga."Baginda terus keluar meninggalkan Ummu Hani' sendirian melayan kerisauannya.Memang tepat apa yang dijangka oleh Ummu Hani'. Cerita yang amat luar biasaitu disambut dengan pelbagai reaksi negatif hingga ada kalangan mereka yangberiman, berpaling tadah.Namun semua itu tidak melemahkan Baginda dan tidak mematahkan semangatRasulullah dalam memperkatakan kebenaran yang diyakininya.Inilah teladan yang wajib dicontohi umatnya yang saban tahun tidak pernahlupa mengenang dan mengadakan sambutan Israk dan Mikraj. Umat Islam mestiberani menyatakan kebenaran tanpa mengambil kira penerimaan manusia.Peristiwa ini juga menunjukkan Rasulullah tidak menjadikan mukjizat besarini sebagai sandaran supaya manusia membenarkan risalahnya, meskipun merekaselalu meminta ditunjukkan kepada keajaiban tertentu. Dengan itu nantimereka akan percaya kepadanya.Sesungguhnya agama yang dibawa oleh Rasulullah tidak bergantung kepadaperkara luar biasa untuk menarik manusia supaya menganutinya. Islam adalahagama yang benar, sejajar dengan fitrah serta mampu memenuhi segalakeperluannya.Ketegasan Baginda menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj kepada kaumnyabukan untuk menjadikannya sebagai sandaran supaya mereka beriman, tetapihanya untuk menyampaikan suatu kebenaran yang diyakininya benar.Kini menjelang 27 Rejab 1425, Masjid Al-Aqsa yang menjadi persinggahan IsrakRasulullah dan permulaan Mikrajnya serta bumi suci lagi diberkati disekitarnya terus dicengkam kezaliman dan keganasan musuh.Inilah masanya bagi umat Islam di seluruh dunia memperteguhkan azam danmeningkatkan usaha ke arah pembebasan bumi suci yang diwariskan kepada NabiMuhammad ketika Israk dan Mikrajnya.
PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM), Selangor dan boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com. Jawapan kepada sebarang persoalan boleh didapati dari www.wanitajimceria.blogspot.com

Wednesday, September 01, 2004

Wanita kita tadbir negara selaras zaman Rasulullah

1 SEPT 2004

Oleh Ruswati Hashim
WANITA, tempatnya di ceruk dapur. Wanita tidak boleh menjadi ketua. Mereka mesti menjadi pengikut lelaki. Demikian antara nilai yang menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat Islam hingga perkara itu menjadi fitnah besar kepada din Islam.
Musuh Islam mengambil kesempatan itu untuk melemparkan tohmahan bahawa Islam adalah agama yang menindas kaum Hawa, merendah-rendahkan martabat mereka dan menganggap wanita adalah manusia kelas dua! Persoalannya, benarkah begitu? Tulisan ini tidak akan menyentuh isu lain berkaitan wanita seperti hak dalam perkahwinan, harta pusaka dan kesaksian. Penulis hanya akan membincangkan skop sejauh mana Islam membenarkan wanita terbabit dalam sosiopolitik masyarakat dan negara. Sebenarnya, menjadi hukum yang jelas bahawa ulama mengharuskan pembabitan wanita dalam soal pentadbiran, pengurusan dan sebahagian kepemimpinan negara. Contoh nyata daripada sirah Rasulullah saw dan sahabat menjadi dalil kepada keharusan pembabitan wanita dalam pentadbiran masyarakat dan negara. Kaum wanita pada zaman Rasulullah turut menyumbangkan saranan mengenai isu politik dan negara. Ummu Salamah, misalnya, pernah mencadangkan jalan keluar kepada Baginda dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. (Bukhari, Kitab: Syarat, bab: Syarat-syarat dalam berjihad dan berdamai dengan musuh perang, jilid 6, muka 257, 269 dan 276 ). Begitu juga cadangan Ummu Sulaim kepada Rasulullah ketika Perang Hunain mengenai orang yang cuba lari daripada medan perang. (Muslim, Kitab: Jihad, Bab: Kaum wanita berperang bersama kaum lelaki, jilid 5, muka 196). Dalam suasana kegawatan politik umat Islam selepas pembunuhan Saidina Uthman, kita dapati Saidatina Aishah turut membabitkan diri dengan pendapat dan tuntutan bersama sahabat lain, supaya pembunuh Uthman dihukum qisas. Malah, beliau turut dalam Perang Jamal melawan Saidina Ali (semoga Allah mengampunkan mereka!) Demikian juga ketegasan, keberanian dan ketajaman lidah Asma’ binti Abu Bakr ketika berhadapan dengan penguasa zalim Al-Hajjaj bin Yusuf As-Saqafi selepas mereka membunuh dan mensalibkan anaknya Abdullah bin Zubair. (Muslim, Kitab: Keutamaan-keutamaan, Bab : Kebohongan suku Thaqif dan kecurangannya, jilid 7, muka 190) Kaedah usul mengatakan bahawa asal segala sesuatu adalah harus, selagi tidak ada dalil lain yang mengharamkannya. Dalam konteks negara kita, tugas wanita mentadbir negara perlu dilihat dari dua sudut. Pertama, penggubal undang-undang dan peraturan dan kedua, pelaksana atau pemantau undang-undang dan peraturan. Mengenai penggubalan undang-undang, Islam tidak pernah melarang wanita menjadi penggubal undang-undang. Perkara sedemikian kerana penggubalan undang-undang memerlukan ilmu pengetahuan luas dan pemahaman mendalam terhadap tuntutan serta keperluan masyarakat. Dalam hal ini, Islam memberi hak yang sama kepada lelaki dan wanita untuk mendapatkan ilmu. Dalam sejarah banyak ditemui wanita yang alim dalam bidang hadis, fiqh, sastera dan sebagainya. Berkenaan soal pelaksanaan dan pengawasan, hal ini tidak lepas daripada tugas amar makruf dan nahi mungkar. Pada pandangan Islam, lelaki dan wanita sama-sama berkewajipan menjalankan tugas ini. (Surah at-Taubah, ayat 71) Menurut Dr Yusuf Qradhawi ketika menghuraikan ayat 34, surah an-Nisa’, menjelaskan bahawa pemilihan beberapa wakil rakyat wanita ke dalam Parlimen hanya bersifat minoriti dan majoriti mutlak masih di tangan lelaki. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa pemilihan wanita ke Parlimen akan menjadikan mereka pemimpin lelaki. Beliau juga menambah, ayat itu mengenai kepemimpinan lelaki ke atas wanita lebih cenderung kepada permasalahan kehidupan dalam keluarga. Ertinya kaum lelaki adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab penuh terhadap keluarganya. Ungkapan “dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian harta mereka” menunjukkan bahawa kepemimpinan yang dimaksudkan adalah terhadap keluarga. Adapun kepemimpinan sebahagian wanita ke atas sebahagian lelaki di luar lingkungan keluarga, tidak ada nas yang melarangnya. Apa yang dilarang adalah kepemimpinan umum seorang wanita ke atas lelaki (pemimpin umat). Sementara maksud sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Bakr bahawa tidak akan pernah berjaya satu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada seorang wanita adalah kepemimpinan umum ke atas umat secara keseluruhan. Kalimat “urusan mereka” bererti urusan kepemimpinan dan ketua negara, tetapi jika kepemimpinannya untuk sebahagian urusan saja seperti dalam urusan fatwa, ijtihad, pendidikan, periwayatan hadis, pentadbiran dan seumpamanya, tidak ada larangan bagi wanita. Malah, dalam menentukan keputusan pengadilan (hakim), Imam Abu Hanifah mengharuskannya, selagi tidak berkaitan dengan hudud dan qisas. Sementara itu, ada sebahagian ulama fiqh salaf yang memperbolehkan kesaksian wanita dalam masalah hudud dan qisas seperti yang disebutkan oleh Ibnu al-Qaiyim dalam kitab ath-Thuruq al-Hukmiyah. At-Thabari dan Ibnu Hazm pula mengharuskan kesaksian wanita secara umum. Ulama juga sepakat bahawa ada beberapa hal dalam masalah membuat hukum berkaitan wanita dan keluarga serta pelbagai hubungannya perlu ditangani oleh wanita. Tidak dapat tidak dan barang kali dalam beberapa hal, pandangan kaum wanita lebih tajam daripada lelaki. Dr Yusuf Qardhawi memberi contoh ketika pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab, beliau mengambil pendapat wanita dalam beberapa perkara seperti tidak perlunya menetapkan bayaran maksimum mas kahwin dan tempoh seorang wanita boleh bersabar sewaktu ketiadaan suami kerana keluar berperang. Apa pun, perlu diingatkan di sini bukanlah apabila wanita dibenarkan mentadbir masyarakat dan negara, mereka boleh bercampur dengan lelaki ajnabi tanpa syarat dan batas atau kegiatannya sampai merugikan suami, rumah tangga dan anak-anak. Begitu juga pembabitannya menyebabkan norma Islam berkaitan pakaian, gerak-geri dan pembicaraan diketepikan. Sebaliknya semuanya hendaklah dijaga dan diperhatikan sepenuhnya tanpa kecuali. l PENULIS ialah pendidik berijazah dan boleh di hubungi di e-mel wanitajim0@yahoo.com dan jawapan sebarang permasalahan di www.wanitajimceria.blogspot.com